CLOSE
CLOSE AD

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

  • 08 Jul 2020
Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood

Aktor dan penerbit Rahul Roy yang terkenal dengan filem debutnya "Aashiqui" (1990) mendedahkan sebab mengapa dia mengundur diri sementara waktu dari industri Bollywood selepas filem-filem seterusnya kurang menerima sambutan.

Menurut Rahul, keputusannya untuk mengundur diri dari industri merupakan pilihannya sendiri dan mengakui bahawa banyak perkara yang berubah selepas filem-filemnya seperti "Junoon", Jaanam" dan "Phir Teri Kahani Yaad Aayee" gagal.

"Perkembangan saya sebagai aktor telah merosot. Saya asyik melakonkan watak yang sama berulang-ulang kali, dan pada ketika itu, semua orang ingin saya melakukan perkara yang sama.

"Keputusan untuk undur diri adalah pilihan saya. Industri tidak ada kena mengena dengannya. Sama ada ia adalah keistimewaan atau perkara buruk, saya melibatkan diri dalam industri bukan kerana saya ingin menjadi seorang bintang terkenal ataupun pelakon.

"Karier sebagai pelakon adalah sesuatu yang sukar. Saya mengagumi sesiapa yang mampu menempuhnya, tetapi ianya sukar untuk mengimbangkan karier dan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Apabila saya berkahwin dengan Rajlaxmi Khanvilkar pada tahun 2000, saya merasakan yang saya patut berehat sementara dan memberi fokus terhadap hubungan peribadi saya," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Beberapa tahun selepas berehat, Rahul membuat kemunculan semula menerusi program realiti Bigg Boss musim pertama, yang mana dia kemudiannya diangkat sebagai juara.

Terbaru, Rahul akan membintangi sebuah filem arahan Kanu Behl berjudul "Agra", yang turut dibarisi pelakon lain seperti Priyanka Bose, Mohit Agarwal, Ruhani Sharma dan Vibha Chibber. Ia dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Rahul Roy Instagram)



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.