CLOSE
CLOSE AD

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

  • 09 Jul 2020
6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak

Bintang Bollywood paling terkenal Shah Rukh Khan, atau gelarannya 'King of Bollywood' dan 'Bashah of Bollywood', sudah pun membintangi pelbagai filem berbeza genre sepanjang berkecimpung dalam industri perfileman Bollywood.

Biarpun mempunyai lebih 80 filem dalam tangan, para peminat perlu tahu bahawa idola mereka ini juga pernah menolak filem-filem yang menjadi filem pecah panggung! Kali ini, kami akan senaraikan enam daripada filem-filem yang Shah Rukh Khan pernah tolak!

"Slumdog Millionaire"

Sukar untuk membayangkan filem arahan Danny Boyle, "Slumdog Millionaire", tanpa Anil Kapoor memegang watak sebagai pengacara Prem Kumar. Pada asalnya Boyle menawarkan watak itu kepada Shah Rukh Khan, tetapi dia menolaknya. "Danny adalah kawan saya dan kami bekerjasama untuk permulaan filem itu. Saya berharap sangat filem itu dihasilkan kerana topiknya yang menarik, tetapi saya menolaknya kerana watak pengacaranya sedikit kejam dan penipu," ujarnya. Malah dia pernah menjadi pengacara program sebegitu jadi dia enggan melakukan perkara yang sama.

"3 Idiots"

Shah Rukh Khan pernah menggelar dirinya '4th Idiot' kerana menolak filem arahan Rajkumar Hirani "3 Idiots". Watak Rancho pada asalnya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan tetapi dia terpaksa menolaknya kerana berdepan isu pelanggaran tarikh, dan akhirnya watak itu diberikan kepada Aamir Khan.

"Robot"

Penonton dan peminat perlu tahu bahawa Rajinikanth bukanlah pilihan pertama pengarah S. Shankar untuk filem sains fiksyen "Robot". Shah Rukh Khan dipilih sebagai pelakon utama untuk memegang watak Chitti. Walau bagaimanapun, perselisihan faham berlaku selepas S. Shankar enggan mengubah skrip filemnya seperti yang dicadangkan oleh Shah Rukh Khan, dan akhirnya dia menarik diri dari filem itu. Salah satu lagi penyebab perselisihan faham itu adalah kerana S. Shankar ingin bekerjasama dengan studio Hollywood Stan Winston untuk suntingan kesan visual tetapi Shah Rukh Khan ingin Red Chillies VFX yang melakukannya.

"Saare Jahaan Se Accha"

Terdahulu, filem biopik tentang angkasawan India Rakesh Sharma, "Saare Jahaan Se Accha" dilapor akan diterbitkan oleh Ronnie Scewvala, sementara Mahesh Mathai diangkat sebagai pengarah. Shah Rukh Khan adalah pilihan pertama untuk membawa watak angkasawan itu tetapi dia menolaknya. Jelas penulis Anjum Rajabali, ia tidak ada kena mengena dengan tema filem itu, sebaliknya difahamkan Shah Rukh Khan agak risau dengan filem-filemnya yang akan datang susulan kegagalan filem "Zero". Oleh sebab itu, dia kini lebih berhati-hati dalam pemilihan filem.

"Munna Bhai M.B.B.S."

Watak yang dijayakan oleh Sanjay Dutt dalam filem terbitan Vidhu Vinod Chopra "Munna Bhai M.B.B.S." sebenarnya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan. Biarpun ada spekulasi mengatakan bahawa Shah Rukh Khan berdepan masalah kesihatan pada ketika itu, namun tiada siapa tahu apa sebabnya yang sebenar. Walau bagaimanapun, Shah Rukh Khan pernah membuat kenyataan yang dia tidak menyesal menolak filem itu dan dia merasakan dia tidak boleh menjayakan watak itu sehebat Sanjay Dutt.

"Lagaan"

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebelum Aamir Khan, Shah Rukh Khan merupakan pilihan pengarah Ashutosh Gowariker untuk membintangi "Lagaan". Namun ketika itu, Ashutosh masih belum menemui penerbit dan Shah Rukh Khan enggan menerbitkannya. Asalnya, Aamir juga menolak tawaran itu kerana berpendapat skrip filem itu agak pelik, tetapi akhirnya dia bersetuju untuk menjadi penerbit dan pelakon filem tersebut.



Suggested Articles

10-Bintang-Bollywood-Bersama-Stunt-Double-Filem-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2020

10 Bintang Bollywood Bersama 'Stunt Double' Filem Mereka

Jom kenali beberapa 'stunt double' yang beraksi dalam filem-filem Bollywood kegemaran anda!

7-Bintang-Bollywood-Yang-Sanggup-Ambil-Risiko-Demi-Jayakan-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Aug 2020

7 Bintang Bollywood Yang Sanggup Ambil Risiko Demi Jayakan Watak

Bintang-bintang ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi persembahan terbaik.

Billboard-USA-Perjuangkan-Hak-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Aug 2020

Billboard USA Perjuangkan Hak Sushant Singh Rajput

Foto Billboard itu dikongsikan oleh kakak Sushant yang menetap di Amerika Syarikat.

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.

Helaian-Muka-Surat-Diari-Sushant-Singh-Rajput-Telah-Dikoyakkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2020

Helaian Muka Surat Diari Sushant Singh Rajput Telah Dikoyakkan

Peguam Shehzad Poonawalla syak pihak polis menyembunyikan sesuatu tentang kes Sushant.

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.