CLOSE
CLOSE AD

Warganet Kecam Tindakan Karan Johar Hadiri Majlis Hari Jadi Neetu Kapoor

  • 10 Jul 2020
Warganet-Kecam-Tindakan-Karan-Johar-Hadiri-Majlis-Hari-Jadi-Neetu-Kapoor

Belum selesai isu nepotisme, kini pembikin filem tersohor Bollywood Karan Johar sekali menerima kecaman hebat daripada warganet susulan fotonya di majlis sambutan hari jadi ke-62 aktres Neetu Kapoor tular di Internet.

Sehubungan dengan itu, warganet mempersoalkan kondisi Karan, atau lebih mesra disapa KJo, yang dikatakan mengalami kemurungan dan sedang berduka atas kematian aktor meningkat naik Sushant Singh Rajput pada Jun lalu.

Seperti yang dilihat menerusi Twitter, ramai pengguna media sosial berkenaan menyindir perbuatan KJo yang dianggap hipokrit kerana dilihat sedang bergembira di majlis hari jadi ibu kepada aktor Ranbir Kapoor itu.

Terdahulu, terdapat laporan media menyatakan bahawa rakan baik KJo mendedahkan pembikin filem itu mengalami kemurungan kerana menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.

"Buat masa ini Karan tidak mahu membuka mulut. Perbalahan itu membuatkannya tidak bersemangat lagi. Dia akan berasa murung dan menangis apabila kami menghubunginya. Dia kerap menangis sejak kebelakangan ini," katanya yang dipetik dari Pinkvilla.

KJo merupakan salah seorang selebriti Bollywood yang dikritik hebat oleh orang ramai sejak akhir-akhir selain beberapa selebriti lain termasuk Alia Bhatt, Sonakshi Sinha, Sonam Kapoor dan Salman Khan.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Gulf News & Box Office India Twitter)



Suggested Articles

Eijaz-Khan-Umum-Pengunduran-Dari-Bigg-Boss-14 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Eijaz Khan Umum Pengunduran Dari "Bigg Boss 14"

Bintang Bollywood itu ingin memberi tumpuan kepada penggambaran projeknya yang lain.

Kajol-Kongsi-Pendapat-Tentang-Konsep-Filem-Tribhanga Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Kajol Kongsi Pendapat Tentang Konsep Filem "Tribhanga"

Treler filem itu telah pun dilancarkan dan ia berjaya menerima sambutan baik.

Pembunuh-Jadikan-Filem-Ajay-Devgn-Drishyam-Inspirasi-Untuk-Jenayah Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Pembunuh Jadikan Filem Ajay Devgn "Drishyam" Inspirasi Untuk Jenayah

Difahamkan suspek telah meniru cara menyembunyikan mayat seperti dalam filem itu.

Puisi-Sriti-Jha-Tentang-Aseksual-Tular-Di-Internet Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Puisi Sriti Jha Tentang Aseksual Tular Di Internet

Bintang televisyen itu menyampaikan puisinya di acara Kommune India Spoken Fest 2020.

Shah-Rukh-Khan-Pernah-Prank-Keluarga-Gauri-Khan-Ketika-Majlis-Resepsinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jan 2021

Shah Rukh Khan Pernah 'Prank' Keluarga Gauri Khan Ketika Majlis Resepsinya

Bintang Bollywood itu imbas detik lucu ketika majlis tersebut berlangsung.