CLOSE
CLOSE AD

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

  • 10 Jul 2020
6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik

Memang tidak boleh dinafikan pandemik COVID-19 telah menjejaskan pelbagai industri di seluruh dunia, termasuk industri perfileman Bollywood. Kerajaan India masih melaksanakan Perintah Berkurung sejak Mac lalu, menyebabkan kesukaran produksi filem di sana untuk menyambung atau memulakan projek mereka. Malah filem-filem besar seperti "Sooryavanshi" juga terpaksa ditunda tayangannya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah melonggarkan sekatan dan orang ramai di sana beransur menyambung rutin harian mereka. Susulan itu, beberapa selebriti Bollywood juga dilihat kembali bekerja untuk projek-projek filem dan drama bersiri mereka. Oleh itu, kami akan senaraikan enam selebriti Bollywood yang kembali bekerja dalam tempoh pandemik!

Tiger Shroff

Hero filem aksi Tiger Shroff baru-baru ini dilihat beberapa kali meninggalkan studio Aadesh Shrivastava di Mumbai. Difahamkan aktor filem "Baaghi 3" itu baru sahaja selesai merakamkan proses mengalih suara atau 'dubbing' bagi projek filem terbarunya. Tiger akan kembali ke set penggambaran untuk filem "Heropanti 2" dan "Rambo" yang kini dalam proses pra-produksi.

Akshay Kumar

Bintang terkenal Akshay Kumar merupakan antara selebriti terawal yang menyambung kerjanya sewaktu Perintah Berkurung masih dilaksanakan. Malah dia turut terlibat dengan penggambaran sebuah kempen. Baru-baru ini Akshay dilihat keluar dari sebuah studio alih suara di Juhu untuk filem baru "Laxmmi Bomb". Selain itu, sesi penggambaran sebuah lagi filem terbarunya "Bell Bottom" akan bermula pada Ogos ini.

Anil Kapoor

Kembali sibuk bekerja, aktor dan penerbit Anil Kapoor juga dilihat selesai menjalani proses alih suara, 'dubbing', di sebuah studio di Juhu. Tidak mahu meninggalkan rutin gaya hidup sihat, bapa kepada aktres Sonam Kapoor itu turut dilihat keluar berjoging. Kali terakhir berlakon dalam filem "Malang", Anil bakal kembali ke layar perak menerusi filem "Bhool Bhulaiyaa 2" bersama Kartik Aaryan dan Tabu pada Oktober 2020.

Abhishek Bachchan

Nampaknya bintang-bintang Bollywood sibuk melakukan proses alih suara, tidak ketinggalan aktor dan penerbit Abhishek Bachchan yang turut melakukannya di sebuah studio di Juhu, untuk siri web debutnya "Breathe: Into The Shadows". Selain siri web thriller itu, Abhishek juga akan muncul dalam beberapa filem baru seperti "The Big Bull", "Ludo" dan "Bob Biswas".

Taapsee Pannu

Aktres versatil Tapsee Pannu membangkitkan keterujaan para peminat dengan berkongsikan 'sneak peak' projek terbarunya. Taapsee telah memuat naik sekeping foto di Instagram Story di dalam van 'vanity' miliknya dengan kapsyen #KembaliBekerja. Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan butiran mengenai projek tersebut. Jadi sama-sama kita nantikan!

Vidya Balan

Setelah sekian lama 'berehat' dari media sosial, aktres Vidya Balan kembali berkongsikan rutin kerjanya bersama para peminat. Vidya telah berkongsikan sekeping foto menerusi Instagram Story dirinya bersama kru produksi berserta kapsyen #KembaliBekerja. Dia bakal kembali ke layar perak dengan dua filem baru iaitu "Shakuntala Devi" dan "Sherni".



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.