CLOSE
CLOSE AD

Sachin Tiwari Jadi Pilihan Penerbit Terajui Filem "Suicide Or Murder"

  • 21 Jul 2020
Sachin-Tiwari-Jadi-Pilihan-Penerbit-Terajui-Filem-Suicide-Or-Murder

Setelah pembikin filem Vijay Shekhar Gupta mengumumkan filem "Suicide or Murder?", kini dia telah menemui pelanduk dua serupa yang bakal menjayakan watak Sushant Singh Rajput iaitu Sachin Tiwari.

Buat pengetahuan lanjut, Sachin bukanlah seorang pelakon, tetapi seorang bintang TikTok yang gemarkan aktiviti kecergasan dan aksi lagak ngeri. Namanya naik selepas warganet menyedari wajahnya mirip Sushant.

"Kematian Sushant Singh Rajput mengejutkan kita semua tetapi ia bukan sesuatu yang baru. Ramai pelakon yang ingin mengejar impian dalam industri Bollywood tidak mendapat kerja.

"Ramai yang mengambil tindakan sebegini dan ada juga yang masih bergelut untuk meneruskan kehidupan mereka.

"Jadi, kami ingin menceritakan bagaimana pergelutan para pelakon yang berasal dari bandar-bandar kecil dan tidak mempunyai orang dalam di Bollywood.

"Kami akan mendedahkan satu per satu watak dalam filem ini dan kami akan pastikan filem ini menunjukkan kebenaran tentang pelakon-pelakon yang berasal dari Bollywood," ujar Vijay menerusi laporan Hindustan Times.

Seperti yang dilihat menerusi Instagram, Sachin telah berkongsikan sekeping poster baharu filem terbitan VSG Binge itu, yang bakal diarahkan oleh Shamik Maulik.

Melihat pada ruangan komen pula, biarpun ramai yang memberi sokongan, namun terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan meminta Sachin menarik diri kerana berpendapat tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Sushant.

Proses produksi "Suicide or Murder" dijadual untuk bermula pada September ini di Mumbai dan Punjab. Ia bakal ditayangkan pada 25 Disember 2020, bersamaan dengan Hari Natal.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Sachin Tiwari Instagram)



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.