CLOSE
CLOSE AD

Pakar Paranormal Steve Huff Berhubung Dengan Roh Sushant Singh Rajput?

  • 24 Jul 2020
Pakar-Paranormal-Steve-Huff-Berhubung-Dengan-Roh-Sushant-Singh-Rajput

Memang tidak boleh dinafikan kematian aktor Bollywood Sushant Singh Rajput sejak pertengahan Jun lalu telah membangkitkan pelbagai isu serta mendedahkan sisi gelap dunia Bollywood, termasuk isu nepotisme, menyebabkan ramai selebriti-selebriti terkenal seperti Sonam Kapoor, Karan Johar dan Alia Bhatt menjadi mangsa pembulian siber.

Selain itu, terdapat isu melibatkan dunia paranormal yang tular di Internet dan mendapat perhatian ramai baru-baru ini, iaitu pakar paranormal terkenal, Steve Huff, yang mendakwa dia telah berhubung dengan roh Sushant. Kenyataan Steve disertakan dengan siri video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Huff Paranormal. Yang menjadi persoalan ramai pihak, sejauh manakah kebenaran yang didakwa oleh Steve tersebut?

Siapa sebenarnya Steve Huff?

Mungkin tidak ramai mengenali Steve sebelum ini. Buat pengetahuan semua, Steve merupakan seorang jurugambar dan bintang media sosial yang mempunyai lebih 1.55 juta pengikut di saluran YouTube miliknya, Huff Paranormal, yang dilancarkan sejak 2012. Menurut Steve, kandungan yang dikongsikan menerusi saluran YouTubenya tidak sama seperti program-program paranormal yang disiarkan menerusi rancangan televisyen.

Selain membuat kajian selama 10 tahun, Huff turut memiliki beberapa peralatan paranormal ciptaan sendiri seperti The Portal, The Wonder Box dan Astral Doorway yang digunakan untuk berhubung dengan makhluk dari alam ghaib di serata dunia. Selain Huff Paranormal, Steve turut mempunyai sebuah lagi saluran YouTube iaitu Steve Huff Reviews, di mana dia membuat ulasan mengenai peralatan kamera yang digunakan untuk menghasilkan kandungan video.

Minat bermula selepas bapa Steve meninggal dunia

Ramai yang meminati misteri di sebalik dunia paranormal sama seperti Steve, yang mengakui meluangkan zaman kanak-kanaknya dengan bermain papan Ouija untuk berhubung dengan makhluk ghaib. Biarpun pernah berdepan pengalaman yang hampir meragut nyawa, namun ia bukan penghalang buat Steve untuk meneruskan minatnya.

"Bapa saya meninggal dunia pada 2000, pada malam itu kami (keluarga) dengar ketukan-ketukan pintu, paip di tandas rumah kami terbuka sendiri pada tengah malam dan kami menerima peti simpanan suara aneh di telefon rumah. Kami kemudiannya bermalam di rumah kakak saya dan itulah pengalaman pertama saya dengan dunia paranormal. Saya dapat rasakan kehadiran bapa saya pada malam itu," katanya.

Berhubung dengan roh Sushant

Steve mula mendapat perhatian ramai, terutamanya masyarakat di India apabila dia memuat naik video-video yang mana dia berhubung dengan roh Sushant. Ia merupakan kali pertama dia berhubung dengan selebriti India. Jika sebelum ini, video-videonya hanya mempunyai beratus ribu tontonan, kali ini dia mendapat 8.4 juta tontonan untuk video Sushant yang pertama, 5.8 juta untuk yang kedua dan 3.2 juta untuk yang ketiga.

Menerusi video-video tersebut, Steve dilihat mengajukan beberapa soalan peribadi kepada roh yang dikatakan Sushant, dan soalannya dijawab oleh satu suara yang didengari menerusi peralatan paranormalnya. Ujar Steve, video-video yang dihasilkannya adalah atas beribu-ribu permintaan yang diterima daripada para peminat aktor filem "Chhichhore" itu, dan ia merupakan satu pengalaman berharga buatnya biarpun sebelum ini dia tidak mengenali aktor tersebut.

Video-video Steve menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, di mana ada yang percaya dia telah berhubung dengan roh Sushant, dan ada sebaliknya. Ada juga yang menyatakan Steve tersalah tafsir beberapa ayat yang disebut oleh roh itu, yang mana dia mengatakan dia telah dibunuh, dalam bahasa Hindi. Mungkin anda boleh meneliti video-video Steve yang kami kongsikan ini dan berikan pendapat sendiri.

Video pertama

Video kedua

Video ketiga



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.