CLOSE
CLOSE AD

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

  • 27 Jul 2020
Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman

Selepas komposer dan pemuzik terkenal AR Rahman mendakwa terdapat sebuah kumpulan yang menentang kerjayanya dalam Bollywood, pengarah Shekhar Kapur tampil memberi sokongan kepada Rahman.

"Kamu tahu apa masalah kamu AR Rahman? Kamu teruskan kerjaya kamu dan menerima anugerah Oscars. Sebuah anugerah Oscar adalah titik permulaan kematian dalam Bollywood. Ia membuktikan bakat kamu berada di luar kemampuan Bollywood," tulis Shekhar di laman Twitter miliknya.

Menurut laporan dari The New Indian Express, Rahman menjelaskan punca dia kurang membuat kemunculan dalam filem-filem Hindi adalah kerana kumpulan berkenaan menyebarkan berita-berita palsu mengenainya.

"Saya tak pernah menolak filem-filem yang bagus, tetapi saya percaya ada kumpulan yang menyebarkan berita-berita palsu kerana salah faham. Apabila pengarah filem "Dil Bechara", Mukesh Chhabra menghubungi saya, saya berikan empat buah lagu kepadanya dalam tempoh dua hari.

"Dia beritahu kepada saya yang ramai pihak tidak menyarankan dia berhubung dengan saya. Macam-macam cerita yang saya dengar daripadanya. Kemudian saya sedar mengapa kerja saya dalam filem-filem Hindi berkurangan dan tidak menerima tawaran-tawaran bagus," katanya.

Tambahnya lagi, dia memahami akan jangkaan orang ramai yang ingin melihat karya lagunya dalam filem-filem Hindi namun ianya sukar untuk direalisasikan susulan tentangan yang diterima daripada kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, Rahman membalas kenyataan Shekhar di Twitter dengan kata-kata positif, menyatakan dia sedia untuk meneruskan kehidupannya dengan aman dan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.

"Wang yang hilang boleh dapatkan semula, kemasyhuran juga boleh dapatkan semula, tetapi masa yang terbuang dalam kehidupan kita tidak akan dapat digantikan. Teruskan kehidupan kita. Banyak lagi perkara hebat yang kita boleh lakukan," tulisnya di platform media sosial tersebut.

Dalam perkembangan lain, Rahman yang membuat debut sebagai penerbit filem muzikal "99 Songs" tahun lalu akan tampil dengan filem realiti virtual terbitan dan arahannya berjudul "Le Musk" yang dibintangi Nora Arnezeder dan Guy Burnet.

(Sumber: Shekhar Kapur Twitter & The New Indian Express)
(Sumber foto: Celebrity Net Worth & Rolling Stone India)

 



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.

Pakar-Paranormal-Steve-Huff-Berhubung-Dengan-Roh-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 24 Jul 2020

Pakar Paranormal Steve Huff Berhubung Dengan Roh Sushant Singh Rajput?

Video Steve di YouTube Huff Paranormal menerima lebih lapan juta tontonan!