CLOSE
CLOSE AD

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

  • 27 Jul 2020
Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5

Sejak pembikinan siri televisyen paling dinanti-nantikan iaitu "Naagin 5" diumumkan oleh penerbit Ekta Kapoor, spekulasi mengenai pelakonnya menjadi buah mulut peminat di media sosial.

Kini persoalan para peminat akhirnya terjawab apabila aktor Mohit Malhotra mengesahkan bahawa dia akan membintangi "Naagin 5" dan akan digandingkan semula bersama aktres Hina Khan.

"Ya, berita itu memang benar. Saya dan Hina adalah kawan baik, jadi saya gembira dan teruja dapat kembali bekerjasama dengannya.

"Walaupun saya tidak menonton "Naagin" musim pertama hingga keempat, tetapi ia merupakan siri televisyen paling digemari ramai di India dan saya sering bereksperimen dengan pelbagai genre berbeza," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Buat pengetahuan lanjut, sebelum ini Hina dan Mohit pernah bekerjasama dalam sebuah siri web dan juga filem thriller psikologikal "Hacked" arahan Vikram Bhatt.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak produksi mahupun penerbit Ekta Kapoor masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pengambilan kedua-dua pelakon tersebut.

Terdahulu, pihak produksi telah memilih aktor Dheeraj Dhoopar untuk menjadi salah seorang peneraju utama "Naagin 5". Buat masa ini, penggambaran episod terakhir "Naagin 4" masih dijalankan.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Eastern Eye & Desi Martini)



Suggested Articles

Aditya-Chopra-Minta-Siasat-Kes-Pergaduhan-Di-Set-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2021

Aditya Chopra Minta Siasat Kes Pergaduhan Di Set Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Baru-baru ini berlaku kes pergaduhan antara Siddharth Anand dan kru.

Kajol-Kongsi-Kisah-Penceraian-Ibu-Bapanya-Ketika-Berusia-Empat-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2021

Kajol Kongsi Kisah Penceraian Ibu Bapanya Ketika Berusia Empat Tahun

Bintang Bollywood itu bersyukur masih menerima didikan terbaik sehingga dewasa.

Kangana-Ranaut-Buka-Mulut-Tentang-Isu-Whatsapp-Arnab-Goswami Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Kangana Ranaut Buka Mulut Tentang Isu Whatsapp Arnab Goswami

Bintang Bollywood itu balas tuduhan yang mengatakan dia punca timbul kacau bilau.

Abhishek-Kapoor-Dan-Pragya-Tunai-Impian-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Abhishek Kapoor Dan Pragya Tunai Impian Sushant Singh Rajput

Pasangan selebriti itu sambut ulang tahun kelahiran Sushant dengan rancangan istimewa.