CLOSE
CLOSE AD

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

  • 28 Jul 2020
Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun

Pengarah aksi Bollywood Parvez Khan yang pernah bekerja untuk filem "Andhadhun" dan "Badlapur" meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat serangan jantung pada 27 Julai.

Menurut pembantu yang sudah lama bekerja dengannya, Nishant Khan, Parvez telah dikejarkan ke Hospital Ruby, Kolkata, India, selepas mengadu berasa sakit di bahagian dada.

"Dia menderita serangan jantung pada pagi Isnin. Dia dikejarkan ke hospital tetapi telah pun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

"Dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan tetapi mengadu berasa sakit di bahagian dada pada malam sebelumnya," jelas Nishant yang dipetik dari laporan Hindustan Times.

Sehubungan dengan itu, penerbit, pengarah dan aktor Hansal Mehta turut berduka cita atas pemergian rakan industrinya yang sebelum ini pernah bekerjasama dengannya menerusi filem "Shahid".

"Baru sahaja mendapat tahu pengarah aksi Parvez Khan telah meninggal dunia. Kami pernah bekerjasama dalam filem "Shahid", di mana dia menjayakan babak rusuhan hanya satu 'take' sahaja.

"Dia merupakan seorang lelaki yang berkemahiran tinggi, bersemangat dan baik hati. Berehatlah dengan tenang Parvez. Suara kamu masih terngiang-ngiang di telinga saya!" tulis Hansal di laman Twitter miliknya.

Untuk rekod, Parvez mula menceburi industri Bollywood pada 1986 sebagai penolong pengarah aksi kepada Akbar Bakshi dalam filem Akshay Kumar "Khiladi", filem Shah Rukh Khan "Baazigar" dan filem Bobby Deol "Soldier".

Selepas itu, dia keluar dari zon selesa dan mencipta nama sendiri sebagai pengarah aksi dalam filem-filem hebat seperti "Johnny Gaddaar" dan "Agent Vinod" yang dibintangi oleh Saif Ali Khan.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: IWM Buzz)



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.

Pakar-Paranormal-Steve-Huff-Berhubung-Dengan-Roh-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 24 Jul 2020

Pakar Paranormal Steve Huff Berhubung Dengan Roh Sushant Singh Rajput?

Video Steve di YouTube Huff Paranormal menerima lebih lapan juta tontonan!