CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

  • 06 Aug 2020
Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger

Ketika ramai yang masih kecewa dengan penangguhan filem "Radhe: Your Most Wanted Bhai" lakonan Salman Khan akibat COVID-19, bintang Bollywood tersohor itu muncul dengan berita baik buat para peminat.

Salman akan kembali menjayakan watak Avinash Singh Rathore (Tiger) dalam filem ketiga dan terakhir dari francais "Tiger", selepas "Ek Tha Tiger" (2012) dan "Tiger Zinda Hai" (2017), terbitan Aditya Chopra di bawah syarikat produksi Yash Raj Films.

"Kos penerbitan "Tiger 3" berada dalam anggaran Rs. 200 hingga 225 crores (RM111.8 juta hingga RM125.8 juta), yang juga kos tertinggi dalam sebuah filem Hindi sehingga hari ini. Akan ada juga kos promosi filem kira-kira Rs. 20 hingga 25 crores (RM11.1 juta hingga RM13.9 juta).

"Kos keseluruhan "Tiger 3" setinggi Rs. 350 crores (RM195.6 juta) tetapi pihak produksi tidak bimbang dengan jumlah kutipannya. Mereka telah mensasarkan kutipan sebanyak Rs. 400 crore (RM223.7 juta) memandangkan kutipan "Tiger Zinda Hai" mencecah Rs. 339.16 crore (RM189.7 juta) di India," dedah sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Jika filem pertama diarahkan oleh Kabir Khan, sementara filem kedua diarahkan oleh Ali Abbas Zafar, kali ini pihak produksi ingin membawa kelainan dan nafas baru dalam filem terakhir bersama pengarah Maneesh Sharma.

Buat makluman lanjut, skrip filem masih dalam proses pembikinan sejak dua tahun lalu, menjanjikan peminat dengan aksi dan drama yang lebih padat berbanding filem-filem yang sebelumnya.

Sesi penggambaran dijangka bermula pada hujung tahun depan di tujuh buah negara di serata dunia, dengan bantuan sekumpulan pakar aksi lagak ngeri antarabangsa.

Setakat ini, pihak produksi masih belum mendedahkan judul sebenar bagi "Tiger 3", dan mereka merancang untuk membuat pengumuman secara rasmi tentang filem itu pada September ini.

Selain "Tiger 3" dan "Radhe", Salman juga mempunyai dua buah projek filem besar yang lain iaitu "Guns Of North", yang turut menampilkan aktor dan adik ipar Salman, Aayush Sharma, serta filem terbitan Sajid Nadiadwala berjudul "Kabhi Eid Kabhi Diwali".

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Pinkvilla & India.com)



Suggested Articles

Shraddha-Kapoor-Sara-Ali-Khan-Bakal-Disoal-Siasat Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Sep 2020

Shraddha Kapoor & Sara Ali Khan Bakal Disoal Siasat

Kedua-dua aktres itu pernah bergandingan dengan Sushant Singh Rajput.

Parineeti-Chopra-Pernah-Tolak-Hasee-Toh-Phasee-Kerana-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Sep 2020

Parineeti Chopra Pernah Tolak "Hasee Toh Phasee" Kerana Sushant Singh Rajput

Pengarah Anurag Kashyap dedah puncanya kerana SSR adalah aktor TV.

Priyanka-Chopra-Berpotensi-Untuk-Tercalon-Dalam-Oscars-2021 Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Sep 2020

Priyanka Chopra Berpotensi Untuk Tercalon Dalam Oscars 2021

Jika tercalon, Priyanka mungkin akan bertanding dengan barisan pelakon hebat Hollywood.

Sushant-Singh-Rajput-Bimbangkan-Keselamatannya-Selepas-Kematian-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2020

Sushant Singh Rajput Bimbangkan Keselamatannya Selepas Kematian Disha Salian?

Kenyataan yang dibuat oleh Siddharth Pithani itu direkodkan CBI.

Kangana-Ranaut-Cetus-Perang-Media-Sosial-Dengan-Urmila-Matondkar Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2020

Kangana Ranaut Cetus Perang Media Sosial Dengan Urmila Matondkar

Perbalahan bermula apabila Kangana menggelar Urmila bintang filem lucah.

Patung-Lilin-Sushant-Singh-Rajput-Dipamerkan-Di-Muzium-Asansol Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2020

Patung Lilin Sushant Singh Rajput Dipamerkan Di Muzium Asansol

Patung itu dihasilkan oleh pengukir Sukanto Roy yang akui meminati aktor tersebut.