CLOSE
CLOSE AD

10 Bintang Bollywood Bersama 'Stunt Double' Filem Mereka

  • 13 Aug 2020
10-Bintang-Bollywood-Bersama-Stunt-Double-Filem-Mereka

Industri Bollywood sememangnya kaya dengan filem-filem bergenre aksi, maka tidak hairanlah kebanyakan pelakon-pelakon seperti Salman Khan, Aamir Khan, Akshay Kumar dan John Abraham membina badan supaya kelihatan lebih tegap bagi menjayakan babak aksi lagak ngeri dalam filem mereka. Namun begitu, para peminat perlu tahu tidak semua babak sebegitu dijayakan oleh mereka sendiri.

Aksi-aksi lagak ngeri yang boleh mendatangkan risiko kepada para pelakon sering dijayakan oleh khidmat 'stunt double', iaitu individu yang menggantikan tempat pelakon bagi menjayakan aksi-aksi berbahaya. Sebagai contoh, terjun dari tempat tinggi, terlibat dalam kemalangan, membawa kenderaan berkuasa tinggi dan juga babak berlawan.

Oleh itu, kali ini kami ingin memperkenalkan beberapa pakar aksi lagak ngeri yang berkhidmat sebagai 'stunt double' kepada bintang-bintang Bollywood kegemaran anda dalam filem mereka!

Hrithik Roshan

 

Dengan rambut kerinting dan bentuk tubuh badan yang mirip Hrithik Roshan, Mansoor Khan merupakan pakar aksi lagak ngeri yang sering menjadi pilihan pembikin filem untuk menjadi 'stunt double' Hrithik. Antara filem yang memaparkan aksi lagak ngerinya bagi menggantikan Hrithik adalah "Agneepath", "Bang Bang", "Krrish", "Mohenjo Daro" dan "War".

Aamir Khan

 

Biarpun diberi gelaran 'Mr. Perfectionist', namun Aamir Khan tidak mampu untuk menjayakan aksi lagak ngeri dalam filem "Dhoom 3" secara bersendirian. Untuk menjayakan watak antagonis dalam filem itu, Aamir dibantu oleh 'stunt double' untuk melakonkan beberapa babak aksi termasuk menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Akshay Kumar

 

Dalam babak terakhir filem "Chandni Chowk To China", ramai yang teruja melihat 'Khiladi of Bollywood' Akshay Kumar berlawan seperti pakar karate! Walaupun Akshay sememangnya terkenal untuk menjayakan aksi lagak ngeri sendiri dalam filem-filem lakonannya, namun dalam filem itu Akshay memerlukan bantuan 'stunt double' daripada lelaki ini.

Shah Rukh Khan

 

'King of Bollywood' Shah Rukh Khan membawa dua watak dalam filem "Fan", iaitu sebagai dirinya dan juga peminatnya. Namun begitu, untuk menjayakan babak aksi di Croatia, Shah Rukh Khan memerlukan khidmat daripada 'stunt double' bagi mengangkat objek-objek yang berat supaya babak itu kelihatan lebih asli.

Salman Khan

 

Antara filem terbaik lakonan Salman Khan adalah "Ek Tha Tiger" yang padat dengan babak aksi. Dalam setiap babak berlawan, termasuk penggunaan senjata, sebenarnya tidak dilakonkan oleh Salman, tetapi 'stunt double' yang berkhidmat untuknya iaitu Jawed El Berni, yang juga seorang aktor, pengarah dan pakar seni bela diri.

John Abraham

 

John Abraham juga merupakan salah seorang aktor yang terkenal menjayakan aksi lagak ngerinya sendiri. Namun, untuk menjayakan babak-babak aksi dalam filem "Force 2", John telah mendapat khidmat daripada pakar aksi lagak ngeri profesional antarabangsa, Darrel McLean, sebagai 'stunt double'. Jika diperhatikan susuk tubuh mereka memang sama-sama tegap.

Abhishek Bachchan

 

Sekali imbas, wajah Abhishek Bachchan bersama 'stunt double' yang membantunya dalam filem "Raavan" memang sama! Lelaki bernama M.S. Balram ini pernah mendakwa Abhishek menipu kerana mengakui dia melakukan semua aksi lagak ngerinya sendiri tanpa bantuan 'stunt double'. Menurut Balram, yang juga bekas atlet, babak terjunan setinggi 80 kaki di air terjun Hoggenakkal, Karnataka, itu telah dijayakan olehnya dan dia berbangga dapat terlibat dalam filem tersebut.

Katrina Kaif

 

Apa yang hebatnya dalam industri filem, aksi lagak ngeri bukan sahaja dijayakan oleh kaum lelaki, tetapi juga wanita! Contohnya, dalam filem "Dhoom 3", di mana Katrina Kaif dikatakan tidak mahu mengambil risiko untuk mencederakan dirinya dan meminta khidmat 'stunt double' untuk melakukan aksi lagak ngeri. Namun Katrina masih menggunakan tenaganya untuk melakukan beberapa babak aksi yang tidak terlalu berat.

Dimple Kapadia

 

Dimple Kapadia membawa watak sebagai pegawai polis dalam filem klasik "Zakhmi Aurat", bermakna dia perlu menjayakan banyak babak aksi. Untuk itu, Dimple telah dibantu oleh pakar aksi lagak ngeri wanita terkenal, Reshma Pathan, yang sering berkhidmat sebagai 'stunt double' dalam filem-filem Bollywood seawal usia 14 tahun.

Rani Mukerji

 

"Mardaani" merupakan filem yang padat dengan aksi, memerlukan aktres utamanya Rani Mukerji melakonkan banyak babak aksi berlawan dan kejar mengejar sebagai watak seorang pegawai polis. Seperti yang dapat dilihat dalam foto ini, Rani menerima bantuan daripada 'stunt double' wanita untuk melakonkan babak menunggang motosikal berkuasa tinggi.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.