CLOSE
CLOSE AD

Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Persoalkan Pekerja Aktor Itu

  • 20 Aug 2020
Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Persoalkan-Pekerja-Aktor-Itu

Kes kematian aktor Bollywood Sushant Singh Rajput masih berada dalam siasatan setelah ia membangkitkan pelbagai konflik, spekulasi serta teori yang menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.

Terbaru, bekas pengurus Sushant, Ankit Acharya tampil mempersoalkan mengapa tiada sesiapa yang cuba menghubungi atau menjenguk aktor itu di kediamannya pada 14 Jun lalu, di mana dia ditemui tergantung.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi ia sudah menjadi tanggungjawab pekerjanya untuk sentiasa tahu di mana atau apa aktiviti Sushant pada 13 dan 14 Jun.

"Kenapa tiada sesiapa yang cuba menghubunginya dari jam 10 pagi hingga dua petang pada 14 Jun? Kenapa tiada sesiapa yang pecahkan pintu? Itu adalah tanggungjawab mereka.

"Kenapa mereka menghubungi tukang kunci dan bukan mencari empat atau lima orang untuk pecahkan pintu? Pintu boleh diganti, dan mungkin nyawa Sushant boleh diselamatkan," tegasnya dalam laporan Times of India.

Dalam pada itu, Ankit turut mempersoalkan di mana pembantu Sushant, Dipesh Sawant, berada pada hari kejadian dan mengapa dia berkeliaran dengan sebuah beg seperti yang dilihat dalam sebuah rakaman CCTV yang tular baru-baru ini.

Terdahulu, teman wanita Sushant yang juga aktres, Rhea Chakraborty telah disoal siasat setelah dia didakwa mencuri dan bersubahat atas kematian Sushant. Rhea juga pernah memberitahu pihak berkuasa bahawa Sushant berdepan masalah psikologikal.

Walau bagaimanapun, kenyataan Rhea telah disangkal oleh Ankit, yang mendakwa Sushant tidak mengalami kemurungan dan kenyataan Rhea adalah cara untuk mengalih perhatian pihak berkuasa.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Kalam Times)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.