CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan Pernah Gugup Ketika Disoal Tentang Spekulasi Hubungan Sulitnya

  • 26 Aug 2020
Amitabh-Bachchan-Pernah-Gugup-Ketika-Disoal-Tentang-Spekulasi-Hubungan-Sulitnya

Bintang Bollywood veteran Amitabh Bachchan terkenal sebagai seorang yang bersikap tenang ketika terlibat dengan mana-mana sesi temubual bersama pihak media.

Walau bagaimanapun, laporan dari Zoom TV mendedahkan bahawa Bachchan pernah gugup dan berang apabila disoal mengenai spekulasi hubungan sulitnya bersama aktres Parveen Babi dan Rekha.

Kisah itu diceritakan oleh wartawan Karan Thapar di dalam bukunya "Devil's Advocate: The Untold Story", di mana Thapar pernah berkunjung ke rumah Bachchan bagi mengadakan sesi temubual bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 1992.

"Terdapat banyak spekulasi mengenai hubungan sulit kamu dengan aktres-aktres lain. Setelah berkahwin, adakah kamu mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain?"

"Mereka memberitahu yang kamu ada hubungan sulit dengan Parveen Babi. Apa benarkah apa yang mereka katakan?" soal Thapar.

Difahamkan Bachchan telah menafikan spekulasi berkenaan dan memberitahu dia juga pernah membaca spekulasi-spekulasi itu di dalam beberapa artikel yang pernah diterbitkan.

Thapar meneruskan sesi temubualnya dengan bersoal tentang dakwaan hubungan sulit Bachchan dengan Rekha dan dengan tenang Bachchan menafikannya, sebelum Thapar beralih kepada isteri Bachchan, iaitu Jaya, yang duduk di sebelahnya.

"Saya menyoal jika Jaya percaya apa yang suaminya katakan, dan sebelum menjawab ya, dia seperti terkejut dan saya nampak Bachchan juga memandang tepat ke arahnya.

"Saya menyoal lagi jika dia hanya berkata sebegitu hanya kerana suaminya ada di sebelah, dan Jaya memberitahu dia benar-benar maksudkannya," tulis Thapar.

Biarpun Thapar dan krunya dijemput untuk makan tengahari bersama keluarga Bachchan selepas sesi temubual itu berakhir, namun dia menyedari terdapat perubahan pada aktor filem "Coolie" tersebut.

Mereka hanya mendiamkan diri apabila Bachchan mula meninggikan suara kepada Jaya sehinggalah masing-masing selesai menjamah makanan.

Setelah pulang ke hotel, Thapar akhirnya menerima panggilan telefon daripada rakan baik Bachchan yang juga ahli politik, Amar Singh, untuk tidak menyiarkan soalan-soalan sulit dalam sesi temubual tersebut.

Pasangan Bachchan dan Jaya berkahwin pada 3 Jun 1973, dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shweta Bachchan dan aktor Abhishek Bachchan.

(Sumber: Zoom TV)
(Sumber foto: Pinkvilla)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.