CLOSE
CLOSE AD

Jasmin Bhasin Dan Pavitra Punia Disahkan Sertai "Bigg Boss 14"

  • 27 Aug 2020
Jasmin-Bhasin-Dan-Pavitra-Punia-Disahkan-Sertai-Bigg-Boss-14

Pihak penerbit tertarik untuk memberi tawaran kepada Jasmin dan Pavitra.

Aktres televisyen Jasmin Bhasin dan Pavitra Punia telah disahkan menyertai program realiti popular negara India, "Bigg Boss" musim ke-14 yang dijangka berlangsung pada September ini.

"Selain lakonannya yang hebat, Jasmin juga pernah menghiburkan penonton dengan personalitinya yang ceria dan bersemangat di program realiti "Khatrin Ke Khiladi".

"Kami berminat untuk menampilkannya dalam program kami dan kami senang dia menerima tawaran ini. Dia merupakan selebriti terkenal pertama yang kami tampilkan.

"Kami juga telah memberi tawaran kepada Pavitra untuk musim ini. Namun, terdapat beberapa perjanjian yang masih belum ditandatangani.

"Selain itu, semua peserta akan diminta untuk menjalani beberapa ujian saringan COVID-19. Kami merancang untuk memulakan produksi pada bulan hadapan," ujar sumber yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, beberapa selebriti lain seperti Arjun Bijlani, Naina Singh, Vivian Dsena dan bintang drama popular "Naagin 4", Nia Sharma, adalah di antara yang terpilih untuk menyertai Bigg Boss 14. Namun buat masa ini hanya Vivian yang menolak tawaran tersebut.

Seperti yang dilaporkan awal bulan ini, bintang terkenal Salman Khan akan kembali sebagai pengacara Bigg Boss 14, sekaligus menandakan ulang tahun ke-10 aktor filem "Radhe" itu menjadi pengacara program tersebut.

Terdahulu, aktor gandingan Jasmin dalam drama televisyen "Dil Se Dil Tak", Sidharth Shukla, telah dinobatkan sebagai juara "Bigg Boss" musim ke-13, mengalahkan peserta lain iaitu Asim Riaz, Shehnaaz Gill, Rashami Desai, Aarti Singh dan Paras Chhabra.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Jasmin Bhasin & Pavitra Punia Instagram)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.