CLOSE
CLOSE AD

Pengakuan Rhea Chakraborty Dalam Kes Sushant Singh Rajput

  • 28 Aug 2020
Pengakuan-Rhea-Chakraborty-Dalam-Kes-Sushant-Singh-Rajput

Sejak kebelakangan ini nama aktres Bollywood Rhea Chakraborty sering tampil di media memandangkan dia telah menerima tuduhan berat berhubung kes kematian aktor Sushant Singh Rajput pada Jun lalu.

Malah, terdapat ramai pengguna media sosial yang menyebarkan pelbagai spekulasi dan dakwaan berkenaan Rhea, termasuk mengenai bekas pekerja Sushant bernama Sabir yang mendakwa Rhea telah menggantikan semua pekerja Sushant dengan pekerja baru.

Sehubungan dengan itu, laporan dari Times of India menyatakan Rhea akhirnya tampil menafikan segala spekulasi dan dakwaan terhadap dirinya setelah sekian lama berdiam diri selepas beberapa kali menghadiri sesi soal siasat.

Menurut Rhea, berhubung pesanan ringkasnya bersama pengarah Mahesh Bhatt, dia menghubungi individu yang dianggap sebagai bapa itu untuk meminta nasihat, selepas terkejut dengan permintaan Sushant yang ingin memutuskan hubungan mereka.

Selain itu, Rhea turut menjelaskan bahawa dia tidak mengupah mana-mana pekerja baru Sushant. Pekerja bernama Samuel Miranda telah diupah oleh kakak Sushant, Priyanka Singh, dan Sushant sudah lama mengenali aktor Siddharth Pithani sebelum dia dan Rhea bercinta.

Tambah Rhea lagi, hubungan Sushant dengan bapa kandungnya tidak rapat memandangkan lelaki itu meninggalkan Sushant bersama ibunya ketika dia masih kecil, sehingga ia meninggalkan kesan kepadanya, lebih-lebih lagi mereka tidak berhubung selama lima tahun.

Dalam pada itu, Rhea yang berasa serba salah turut mengakui Sushant mengambil ganja sebelum mereka berkenalan lagi dan tabiat itu diteruskan sehingga dia membintangi filem "Kedarnath", walaupun Rhea sering menasihatkannya untuk berhenti.

Berhubung spekulasi dengan Aaditya Thackeray pula, Rhea menegaskan dia tidak mengenali ahli politik itu, apatah lagi memiliki nombor telefonnya atau pernah bertemu dengannya, serta menafikan dakwaan terdapat seseorang berpangkat tinggi yang melindunginya.

Baru-baru ini, bekas teman wanita Sushant yang juga aktres Ankita Lokhande mendakwa bahawa perwatakan Sushant berubah selepas dia mengenali Rhea. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Rhea yang mempersoalkan kali terakhir Ankita dan Sushant berhubung adalah pada empat tahun lalu.

Sehingga kini, masih belum ada jawapan mengenai kes Sushant yang membunuh diri di kediamannya pada 14 Jun lalu. Kes yang terdahulunya dikendalikan oleh pihak polis kini berada di bawah penyiasatan Biro Siasatan Pusat India (CBI).

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: 99 Images)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.