CLOSE
CLOSE AD

Sunny Singh Sahkan Sekuel Filem "Sonu Ke Titu Ki Sweety" & "Pyaar Ka Punchnama 3"

  • 04 Sep 2020
Sunny-Singh-Sahkan-Sekuel-Filem-Sonu-Ke-Titu-Ki-Sweety-Pyaar-Ka-Punchnama-3

Aktor Sunny Singh mengumumkan berita baik buat para peminat apabila dia akan kembali ke layar perak dengan dua sekuel filem lakonannya iaitu "Pyaar Ka Punchnama 3" dan "Sonu Ke Titu Ki Sweety 2".

Kedua-dua filem komedi romantik itu menggandingkan Sunny bersama aktor Kartik Aaryan dan aktres Nushrat Barucha. Gandingan trio itu telah mendapat sambutan sehingga ke hari ini atas keserasian mereka di skrin lebar.

"Luv Ranjan (pengarah) telah pun memikirkan sesuatu, walaupun dia masih belum pasti bilakah waktu sesuai untuk memulakan kedua-dua projek ini. "Sonu Ke Titu Ki Sweety" pastinya akan ada sekuel dan "Pyaar Ka Punchnama" ada filem ketiga.

"Saya dan Kartik masih berhubung melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas. Saya pasti kami akan menikmati saat pertemuan semula dalam filem-filem ini. Kami tinggal berdekatan dan hubungan keluarga kami juga agak rapat," katanya yang dipetik dari Bollywood Life.

Untuk rekod, filem "Sonu Ke Titu Ki Sweety" yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih sambutan memberangsangkan pada hari pertama tayangannya dan disahkan sebagai filem pecah panggung pada tahun tersebut.

Dalam pada itu, Sunny juga akan ke set penggambaran sebuah filem komedi arahan Sajid Samji pada Oktober atau November ini, di mana dia akan berkongsi skrin dengan aktres Fatima Sana Shaikh.

Enggan mendedahkan butiran lanjut, Sunny memberitahu ianya masih berada dalam perancangan awal dan dia sedang menantikan pengesahan pihak produksi bagi memilih waktu sesuai berikutan situasi pandemik COVID-19.

(Sumber: Bollywood Life)
(Sumber foto: livecinemanews.com)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.