CLOSE
CLOSE AD

Rhea Chakraborty Sedia Dihukum Penjara Atas Dasar Cinta?

  • 07 Sep 2020
Rhea-Chakraborty-Sedia-Dihukum-Penjara-Atas-Dasar-Cinta

Aktres Bollywood Rhea Chakraborty telah dihadapkan ke Biro Kawalan Narkotik India (NCB) bagi membantu siasatan mengenai penglibatan dadah dalam kes kematian teman lelakinya yang juga aktor, Sushant Singh Rajput.

Ia susulan adik bongsu Rhea, Showik Chakraborty, telah ditahan setelah didakwa mengaku bahawa dia telah membeli dadah di bawah arahan kakaknya serta berhubung dengan beberapa penjual dadah.

Sehubungan dengan itu, peguam Rhea iaitu Satish Maneshinde mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan Rhea sedia untuk ditahan dan akan berdepan sebarang akibat atas percintaannya jika dia benar-benar bersalah.

"Rhea Chakraborty sudah bersedia untuk ditahan kerana ini adalah 'Witch Hunt' dan jika mencintai seseorang itu adalah satu bentuk jenayah, dia bakal berdepan akibatnya.

"Memandangkan dia tidak bersalah, maka dia tidak berhubung dengan mana-mana mahkamah untuk ikat jamin dalam semua kes yang melibatkan Polis Bihar, Biro Siasatan Pusat (CBI), dan Biro Kawalan Narkotik (NCB)," ujar Satish yang dipetik dari Republic World.

Setakat ini, NCB telah pun menahan tujuh lagi individu yang didakwa terlibat selain Showik, iaitu Abbas Lakhani, Karan Arora, Abdel Basit Parihar, Samuel Miranda, Dipesh Sawant, Kaizan Ebrahim dan Zaid Vilatra, di bawah seksyen 20, 27 dan 29 Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS).

Dalam pada itu, beberapa selebriti Bollywood seperti Taapsee Pannu, Anubhav Sinha, Swara Bhasker dan Dia Mirza mengecam tindakan pihak media yang berkerumun di sekeliling Rhea ketika aktres itu dibawa ke pejabat NCB di Mumbai pada Ahad.

Selain selebriti, pengguna media sosial turut mengkritik tindakan pihak media yang memalukan itu kerana tidak mematuhi protokol atau prosedur operasi standard (SOP) dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: Rhea Chakraborty Instagram)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.