CLOSE
CLOSE AD

Sanjay Dutt Kembali Berlakon Walaupun Sedang Jalani Rawatan Kanser

  • 14 Sep 2020
Sanjay-Dutt-Kembali-Berlakon-Walaupun-Sedang-Jalani-Rawatan-Kanser

Bintang terkenal Sanjay Dutt dilaporkan telah kembali di set penggambaran untuk meneruskan penggambaran babak terakhir untuk filem terbarunya berjudul "Shamshera" walaupun dia kini sedang menjalani rawatan kanser.

Menurut laporan media, Sanjay baru-baru ini telah membuat pengumuman yang dirinya akan berehat seketika dari dunia seni selepas mendedahkan dirinya mengidap kanser bulan lalu.

"Hi semua, saya akan berehat buat seketika waktu dari kerja untuk menjalani rawatan. Saya bersama keluarga dan rakan-rakan dalam keadaan baik dan saya meminta orang ramai supaya tidak bimbang atau percaya dengan sebarang spekulasi.

"Dengan ucapan dan kasih sayang anda, saya akan kembali tidak lama lagi," tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun kelibat Sanjay dilihat di studio Yash Raj yang mana dia sempat melambai kepada jurugambar ketika meninggalkan studio itu.

Perkara itu turut disahkan oleh satu sumber yang terlibat dengan filem itu yang berkata penggambaran babak Sanjay hanya mengambil masa dua hari sahaja untuk diselesaikan.

Terdahulu, selepas didapati mengidap kanser paru-paru tahap empat, dia terus melakukan rawatan di Mumbai. Dia sudah pun selesai dengan rawatan pertama dan kini sedang menunggu untuk menjalani rawatan kedua pula.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.