CLOSE
CLOSE AD

Shahid Kapoor & Disha Patani Digandingkan Dalam Filem "Yoddha"

  • 17 Sep 2020
Shahid-Kapoor-Disha-Patani-Digandingkan-Dalam-Filem-Yoddha

Aktor Bollywood yang semakin cemerlang dalam karier lakonan, Shahid Kapoor, dilaporkan bakal terbabit dengan sebuah projek filem aksi berjudul "Yoddha" yang akan diarahkan oleh Shashank Khaitan.

Difahamkan pembikin filem Karan Johar, yang bertindak sebagai penerbit filem itu di bawah syarikat produksinya Dharma Productions, sudah lama merancang untuk bekerjasama dengan Shahid selepas filem "Shaandaar".

Memandangkan Shahid telah pun menandatangani kontrak filem itu, kini pihak produksi beralih untuk mencari peneraju utama wanita pula, dan aktres yang menjadi pilihan mereka adalah Disha Patani.

"Disha Patani telah dipilih untuk filem baru Shashank, "Yoddha" dan kami akan tampilkan Disha dan Shahid sebagai pasangan kekasih buat pertama kalinya di skrin lebar.

"Ia merupakan sebuah filem yang padat dengan aksi dan dihasilkan dalam skala besar. Disha juga akan melakonkan babak aksi bersama Shahid dalam filem ini, butiran selebihnya masih dirahsiakan buat masa ini.

"Pihak produksi mencari aktres yang sudah biasa melakonkan aksi lagak ngeri dan babak aksi jadi mereka memilih Disha. Pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi," dedah satu sumber dari Pinkvilla.

Beralih ke perkembangan lain, Shahid akan kembali ke layar perak dengan filem sukan yang dinanti-nanti ramai, "Jersey", arahan Gowtam Tinnanuri.

Sementara itu, Disha pula akan tampil dalam filem barunya, "KTina" dan "Radhe: Your Most Wanted Bhai", yang mana kedua-duanya masih berada dalam proses penggambaran.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: GQ India & mwallpapers.com)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.