CLOSE
CLOSE AD

Priyanka Chopra Berpotensi Untuk Tercalon Dalam Oscars 2021

  • 21 Sep 2020
Priyanka-Chopra-Berpotensi-Untuk-Tercalon-Dalam-Oscars-2021

Tidak dinafikan bahawa nama selebriti terkemuka Priyanka Chopra bukan hanya terkenal dalam industri perfileman Bollywood sahaja, malah di Hollywood juga, hingga melayakkannya untuk memenangi pelbagai anugerah berprestij.

Priyanka yang kini dilihat sibuk dengan beberapa projek besar dalam tangannya seperti "The White Tiger", "The Matrix 4" dan "Citadel" dilaporkan sebagai salah seorang selebriti berpotensi untuk tercalon di Anugerah Akademi (Oscars) 2021.

Seperti yang dilaporkan menerusi Pinkvilla, Priyanka dijangka akan tercalon dalam kategori Pelakon Watak Pembantu Terbaik, di mana dia akan bertanding dengan barisan pelakon hebat seperti Meryl Streep, Han Yen-ri, Natasha Lyonne dan Mare Winningham.

Walau bagaimanapun, semua selebriti yang tersenarai hanyalah sekadar jangkaan dan para peminat perlu menanti sehingga keputusan sebenar dikeluarkan oleh pihak Oscars pada tahun hadapan.

Berbalik kepada projek terbarunya, Priyanka sudah pun selesai menjalani penggambaran "The White Tiger", di mana dia bertindak sebagai penerbit, serta filem adiwira Amerika, "We Can Be Heroes".

Kedua-dua filem yang kini berada dalam proses pos-produksi itu bakal ditayangkan menerusi sebuah portal penstriman video berbayar pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Usai kedua-dua projek itu, Priyanka juga akan ke set penggambaran filem "The Matrix 4" arahan Lana Wachowski, bersama para pelakon lain seperti Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, Jada Pinkett Smith dan Lambert Wilson.

"The Matrix 4" yang pada asalnya dijadualkan pada 21 Mei 2021, telah dilanjutkan tayangannya di pawagam dengan tarikh baru iaitu 1 April 2022.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Hindustan Times & wwd.com)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.