CLOSE
CLOSE AD

Juhi Chawla Mengatakan Bahawa Anak-anaknya Sangat Malu Menonton Filemnya!

  • 30 Sep 2020
Juhi-Chawla-Mengatakan-Bahawa-Anak-anaknya-Sangat-Malu-Menonton-Filemnya

Juhi Chawla cukup teruja dengan barisan filemnya sebagai seorang aktris, di mana dia memiliki banyak filem yang dapat dikreditkan dan dinikmati oleh golongan penonton muda. Dengan niat ini, dia cuba mempersembahkan beberapa filemnya kepada anak-anaknya Jhanvi dan Arjun. Namun, aktres itu tidak pernah mengharapkan reaksi seperti yang dia terima dari anak-anaknya terhadap filemnya.
 

Pelakon itu mengatakan bahawa hampir tidak ada filemnya yang ditunjukkannya diminati oleh anak-anaknya. "Sebenarnya, mereka sangat malu melihat filem saya, terutama filem-filem sebelumnya. Sebenarnya, suami saya (Jai Mehta) menyuruh mereka menonton Hum Hain Rahi Pyaar Ke dengan mengatakan bahawa ia adalah filem yang cukup comel. Kemudian, Arjun bertanya kepada saya, 'Ibu ada adegan romantik tak dalam filem itu?' Dan saya seperti, 'Ya, itu adalah filem komedi romantis.' Saya tidak mahu menonton filem romantik ibu, ia menjadi sangat pelik untuk saya. Jadi, saya tidak akan menonton filem anda.'' Sedemikian lah ceritanya, mereka tidak mahu menonton filem saya." 


Juhi mengatakan bahawa satu-satunya filem yang mereka hargai ialah Main Krishna Hoon dan Chalk n Duster. "Yang pertama adalah filem manis, jadi saya bawa rakan sekelas dan ibu bapa mereka untuk tonton bersama. Mereka sangat menikmatinya. Setelah menonton filem Chalk and Duster, Arjun memberitahu saya bahawa ianya bagus dan lakonan saya sangat bagus dalam filem itu. Saya sangat teruja kerana saya tidak mengharapkan reaksi dan pujian sebegitu daripada dia,” tambah Juhi.



Sumber: Times of India
Sumber Foto: Darpan Magazine

 



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.