CLOSE
CLOSE AD

Pawagam Di India Dibenarkan Beroperasi Semula

  • 01 Oct 2020
Pawagam-Di-India-Dibenarkan-Beroperasi-Semula

Susulan pelonggaran Perintah Berkurung di India, kini Kementerian Dalam Negeri membenarkan semua pawagam di negara tersebut untuk beroperasi semula bermula 15 Oktober setelah beberapa bulan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, setiap pawagam perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan hanya membenarkan 50 peratus daripada kapasiti panggung untuk masuk, iaitu seramai 200 orang.

Selain itu, pihak pawagam dikehendaki memastikan setiap pekerja dan pengunjung memakai topeng pelitup muka, menjaga jarak sosial, memeriksa suhu dan menggunakan sabun pencuci ataupun cecair pembasmi kuman.

Memetik laporan dari Mint.com, pakar perdagangan menjangka pemasaran filem India telah mengalami kerugian hampir Rs 3,000 Crore (RM1.6 billion) dalam tempoh enam bulan pawagam ditutup sejak Mac lalu.

Daripada jumlah tersebut, Rs 2,000 Crore (RM1.1 billion) adalah merangkumi filem-filem Hindi dari industri Bollywood, menyaksikan pelbagai filem besar terpaksa ditunda ataupun ditayangkan menerusi platform digital.

Kebanyakan pembikin filem kini lebih tertumpu untuk menayangkan filem mereka yang sudah siap menerusi platform penstriman video berbayar.

Setakat ini, hanya filem Akshay Kumar, "Sooryavanshi", dan filem Ranveer Singh, "'83", telah mensasarkan tayangan di pawagam pada perayaan Diwali dan Hari Natal 2020.

"Pawagam bukan hanya perlu memastikan semua mematuhi protokol tetapi juga pengesahan atau permit pembukaan daripada pihak negeri," ujar pakar perdagangan filem dan pameran Girish Johar.

Tambah Johar lagi, setakat ini hanya pawagam di Bengal Barat telah mengemukakan permit pembukaan, sementara pawagam di Tamil Nadu dan Maharashtra kekal ditutup hingga 31 Oktober.

(Sumber: Mint.com)
(Sumber foto: CN Traveller India)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.