CLOSE
CLOSE AD

Kriti Sanon Dan Anushka Sharma Kecam Kes Rogol Hathras dan Balrampur

  • 02 Oct 2020
Kriti-Sanon-Dan-Anushka-Sharma-Kecam-Kes-Rogol-Hathras-dan-Balrampur

Aktres Bollywood Kriti Sanon dan Anuskha Sharma mengecam sekeras-kerasnya kes rogol yang kembali meningkat di India susulan kes rogol secara kejam yang baru-baru ini berlaku di bandar Hathras dan Balrampur.

Kedua-dua aktres itu mempersoalkan mengapa kes sebegitu masih berleluasa sedangkan rakyat sering mengadakan protes secara besar-besaran serta meminta penjenayah rogol supaya diberi hukuman setimpal.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram dan Twitter, Kriti meminta orang ramai untuk mengubah cara pemikiran masing-masing, terutamanya lelaki yang perlu diberi didikan penuh.

"Ini bukanlah cerita baru, tetapi lama! Kita telah melihat beberapa kes yang membuatkan kita marah, jijik, kecewa dan takut, semua dalam masa yang sama!

"Orang ramai telah bersuara, memprotes, mengecam, meminta semua pelaku untuk menerima hukuman paling berat, menyertai perhimpunan dan macam-macam lagi! Sedihnya tiada apa yang berubah!

"Pemikiran sebegini perlu diubah! Pemikiran patriarki yang sudah lama tertanam dalam minda orang ramai selama bertahun-tahun! Ia perlu diubah secara dasarnya!" tegas Kriti.

Tambahnya lagi, golongan lelaki dan wanita generasi muda perlu dilayan sama rata dan bukan dinilai dari segi jantina. Malah golongan muda berbeza jantina juga perlu diajar supaya menghormati antara satu sama lain.

Sementara itu, Anushka yang bersetuju dengan kenyataan Kriti, turut mengecam tindakan penjenayah rogol yang meninggalkan rasa takut dalam diri masyarakat, terutamanya golongan wanita.

"Dalam waktu yang singkat ini sekali lagi kita dengar satu lagi kes rogol? Dalam dunia mana 'raksasa-raksasa' ini hidup hinggakan mereka sanggup melakukan tindakan ini kepada nyawa seorang muda.

"Ini adalah di luar pemahaman kita dan ianya sangat merunsingkan! Tak adakah rasa takut dalam minda lelaki-lelaki ini? Bagaimana kita boleh takutkan mereka dan melindungi golongan wanita?" soal Anushka menerusi perkongsian Instagram Story miliknya.


Anushka Sharma kecam tindakan penjenayah rogol.

Selain Kriti dan Anushka, beberapa selebriti Bollywood lain seperti Kareena Kapoor Khan, Akshay Kumar, Richa Chadha, Kangana Ranaut, Parineeti Chopra, Yami Gautam tidak ketinggalan untuk bersuara tentang isu terbabit.

Terdahulu, seorang wanita berusia 19 tahun telah dirogol sekumpulan lelaki sehingga lumpuh di Hathras. Setelah dua minggu bertarung nyawa, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Safdarjung.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita berusia 22 tahun dirogol dua lelaki di Balrampur ketika dalam perjalanan pulang dari kolejnya.

Mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan di belakang badan dan kakinya setelah dipatahkan oleh kedua-dua lelaki itu, dan akhirnya meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.

(Sumber: Kriti Sanon & Anushka Sharma Instagram)
(Sumber foto: Kriti Sanon & Anushka Sharma Instagram)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.