CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar Akui Masalah Dadah Wujud Dalam Industri Bollywood

  • 05 Oct 2020
Akshay-Kumar-Akui-Masalah-Dadah-Wujud-Dalam-Industri-Bollywood

Setelah hampir dua bulan Bollywood digemparkan dengan kes penggunaan dadah dalam industri sejak kematian aktor Sushant Singh Rajput, akhirnya bintang terkenal Akshay Kumar tampil bersuara tentang isu terbabit.

Sehubungan dengan itu, Akshay telah berkongsikan sebuah video berdurasi hampir empat minit menerusi laman Twitter miliknya dan mengakui masalah itu memang wujud dalam industri Bollywood.

Walau bagaimanapun, Akshay meminta orang ramai supaya tidak membuat tuduhan melulu dan terus menyalahkan semua pihak dalam industri.

"Bagaimana saya boleh menipu dan mengatakan masalah penggunaan bahan-bahan narkotik dan dadah tidak wujud dalam industri kami.

"Ianya wujud dalam kerjaya kami seperti mana masalah-masalah lain yang timbul dalam apa-apa kerjaya yang lain.

"Tetapi kalau hendak cakap semua pihak dalam setiap kerjaya terbabit dalam masalah ini, mungkin ia tidak benar sama sekali," ujar bintang filem "Housefull 4" itu yang dipetik dari Channel News Asia.


 

Terdahulu, aktres dan teman wanita Sushant, Rhea Chakraborty, yang kini berada dalam tahanan Biro Kawalan Narkotik India (NCB) telah menyenaraikan beberapa nama selebriti Bollywood yang pernah terbabit dengan penggunaan dadah.

Antara selebriti yang menjadi sasaran NCB untuk disoal siasat ialah Deepika Padukone dan pengurusnya Karishma Prakash, Sara Ali Khan, Shraddha Kapoor, Rakul Preet Singh dan Simone Khambatta.

(Sumber: Channel News Asia)
(Sumber foto: Akshay Kumar Twitter & E! Online)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.