CLOSE
CLOSE AD

Tamannaah Bhatia Disahkan Positif COVID-19

  • 05 Oct 2020
Tamannaah-Bhatia-Disahkan-Positif-COVID-19

Bintang Tollywood terkenal Tamannaah telah disahkan menghidap wabak COVID-19 setelah digegaskan hospital apabila dia mengadu tidak sihat ketika terlibat dengan penggambaran sebuah siri web.

Laporan dari india.com mengatakan Tamannaah kini ditempatkan di sebuah hospital swasta di Hyderabad, di mana sekumpulan pakar akan menjalankan rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, aktres filem "Sye Raa Narasimha Reddy" itu masih belum tampil mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung berita yang telah tular di media sosial tersebut.

Pada Ogos lalu, kedua ibu bapa Tamannaah telah disahkan positif COVID-19 sementara keputusan ujian saringan Tamannaah pula negatif.

"Ibu bapa saya telah menunjukkan simptom-simptom COVID-19 yang ringan dan sebagai langkah keselamatan, semua yang berada di rumah telah menjalani ujian saringan dengan segera.

"Keputusan telah keluar dan dukacitanya ibu bapa saya disahkan positif COVID-19. Kami sekeluarga yang disahkan negatif diminta mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa," katanya menerusi laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, para peminat Tamannaah membanjiri laman Twitter dengan menyampaikan ucapan semoga cepat sembuh buat aktres itu sebaik sahaja mendengar khabar berita tersebut.

Beralih ke soal karier, filem Telugu "That Is Mahalakshmi" yang dibintangi Tamannaah terpaksa ditunda tayangannya, sementara filem Hindi "Bole Chudiyan" kini berada dalam pos-produksi.

Selain itu, Tamannaah juga akan menyambung penggambaran bagi filem sukan Telugu "Seetimaarr" arahan Sampath Nandi, bersama aktor Telugu terkenal,Gopichand.

(Sumber: India.com)
(Sumber foto: India TV News)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.