CLOSE
CLOSE AD

5 Gaya Solekan Natural Ala Selebriti Popular

  • 06 Oct 2020
5-Gaya-Solekan-Natural-Ala-Selebriti-Popular

Wanita dan solekan memang tidak boleh dipisahkan! Keputusan penyelidikan juga mengesahkan bahawa pemakaian alat solek secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan keyakinan seorang wanita, selain menonjolkan kecantikan serta menyembunyikan cela pada kulit wajah.

Walaupun solekan tebal sering menjadi keutamaan wanita, terutamanya jika menghadiri majlis-majlis tertentu, namun kini solekan natural yang tampak lebih minimalis telah menjadi 'trend' semasa. Ia satu cara untuk menyerlahkan seri wajah tanpa warna-warna yang terang.

Bila bercakap soal solekan natural, pemilihan tona warna lembut merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan, selain produk solekan yang sesuai. Apa-apapun, ia bergantung kepada visi dan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil solekan 'effortless'. Oleh itu, kami ingin senaraikan beberapa jenis solekan natural selebriti-selebriti popular untuk anda jadikan inspirasi!

Ananya Panday

Penggunaan alat solek asas yang sesuai akan membuat solekan natural lebih 'flawless'! Sebagai contoh adalah bintang Bollywood Ananya Panday, yang menggambarkan definisi solekan natural sebenar dalam foto ini. Kulit wajah Ananya tampak lebih 'glowy' dengan hasil solekan di mata dan bibirnya. Penggunaan penggaris mata berwarna perang yang nipis juga menonjolkan lagi bulu matanya berbanding penggaris mata hitam. Tips untuk teknik ini adalah penggunaan penggaris mata jenis krim ataupun pembayang mata dengan berus yang bersudut.

Alia Bhatt

Ratu kepada solekan natural adalah tak lain tak bukan bintang Bollywood Alia Bhatt. Biarpun ke majlis-majlis besar, Alia lebih selesa dengan solekan minimalis, hinggakan dia kelihatan seakan-akan tidak memakai alat solek langsung. Seperti yang dilihat dalam foto ini, Alia memadankan solekan naturalnya dengan sedikit tona merah jambu di mata, pipi dan bibirnya. Jangan lupa lengkapkan solekan anda dengan pemakaian 'highlighter' untuk hasil yang lebih segar dan 'glowing'!

Selena Gomez

Bintang Hollywood Selena Gomez sentiasa memukau peminat dengan wajahnya yang jelita, tidak kira dengan solekan mahupun 'bareface'! Dengan pelancaran jenama kosmetik terbarunya, Rare Beauty, Selena lebih banyak berkongsi solekan minimalis dan natural di laman Instagram miliknya, seperti 'peachy look' dalam foto ini. Fokusnya lebih kepada tona warna pic di bibir dan pipinya. Solekan ini dilengkapkan lagi dengan penggunaan 'foundation' bertona cerah, pembayang mata perang dan maskara. Mudah dan ringkas bukan?

Kim Kardashian West

Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh menggayakan solekan natural? Kini pelbagai jenama kosmetik telah mengeluarkan produk mengikut kesesuaian pelbagai tona dan warna kulit. Selebriti Hollywood Kim Kardashian sentiasa mempelbagaikan solekannya, dari solekan 'glamorous' hinggalah natural. Kebelakangan ini, Kim semakin selesa menonjolkan sisi naturalnya. Bahagian wajahnya yang paling menonjol adalah mata, di mana Kim sentiasa menggayakan solekan 'cat-eye'. Hasil ini diserikan lagi dengan pembayang mata dan gincu bertona 'nude', serta 'contour'.

Masaba Gupta

Seperti yang dilihat dalam foto ini, anak kepada bintang veteran Bollywood Neena Gupta, iaitu Masaba, mengenakan solekan 'no-makeup' bersama ibunya. Solekan mereka tidak jauh beza, cuma Masaba memilih warna gincu merah jambu, sementara Neena pula lebih selesa dengan warna 'nude'. Gaya solekan ini dilengkapkan dengan pembayang mata tona perang dan 'contour'. Gaya solekan mereka sangat sesuai untuk solekan harian mahupun ke majlis-majlis santai.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.