CLOSE
CLOSE AD

Rhea Chakraborty Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

  • 08 Oct 2020
Rhea-Chakraborty-Dibebaskan-Dengan-Ikat-Jamin

Hampir sebulan dipenjarakan, Mahkamah Tinggi Bombay akhirnya membebaskan aktres Rhea Chakraborty dengan ikat jamin susulan kes pembabitan dadah berkait dengan kematian aktor Sushant Singh Rajput.

Menurut laporan dari Times of India, Rhea yang juga merupakan teman wanita Sushant, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak Rs 1 lakh (RM5,663.24) pada hari Rabu.

Susulan pembebasannya, Rhea perlu melapor diri di Balai Polis Mumbai untuk tempoh sepuluh hari dan di pejabat Biro Kawalan Narkotik (NCB) sebulan sekali, untuk tempoh enam bulan selanjutnya.

Mahkamah turut membebaskan dua lagi suspek yang terbabit dalam kes tersebut, Dipesh Sawant (pekerja Sushant) dan Samuel Miranda (bekas pengurus Sushant), dengan ikat jamin.

Walau bagaimanapun, rayuan ikat jamin adik Rhea, Showik Chakraborty, dan Abdul Basit Parihar yang turut tertuduh dalam kes berkenaan telah ditolak.

Laporan mahkamah menyatakan Rhea tidak pernah terbabit dengan mana-mana kes jenayah dan ikat jaminnya tidak akan mengganggu tempoh penyiasatan atau bahan bukti.

Sehubungan dengan itu, selebriti-selebriti Bollywood meluahkan rasa gembira apabila mendengar keputusan Mahkamah Tinggi Bombay untuk membebaskan Rhea dan berharap yang terbaik untuk aktres tersebut.

Terdahulu, Rhea telah disoal siasat oleh Biro Siasatan Pusat India (CBI) dan Biro Kawalan Narkotik India (NCB) sebelum dipenjarakan di Penjara Byculla, Mumbai.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: India TV News & Al Jazeera)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.