CLOSE
CLOSE AD

Kajol dedah babak sukar dalam "Dilwale Dulhania Le Jayenge"

  • 11 Nov 2020
Kajol-dedah-babak-sukar-dalam-Dilwale-Dulhania-Le-Jayenge

Kajol berjaya cipta keserasian disamping Shah Rukh Khan.

Biarpun lakonannya sentiasa dipuji ramai, namun bintang Bollywood berbakat Kajol Devgan pernah berasa kurang yakin dengan lakonannya menjayakan satu babak dalam filem klasik "Dilwale Dulhania Le Jayenge".

Menerusi filem arahan Aditya Chopra itu, Kajol yang membawa watak sebagai Simran Singh dikehendaki melakonkan babak sedang mabuk menerusi lagu "Zara Sa Jhoom Loon Main".

Namun sebagai seseorang yang tidak minum minuman beralkohol, Kajol mengakui dia agak khuatir untuk membawa babak lagu itu memandangkan dia tidak berpengalaman.

"Ada sebuah lagu yang saya tak yakin bagaimana hasilnya di skrin: "Zara Sa Jhoom Loon Main". Rasanya ekspresi saya tak nampak mabuk langsung.

"Saya fikir ini tak akan menjadi. Saya sendiri tak percayakan diri saya sebab saya sendiri tak minum minuman beralkohol. Saya tak tahu bagaimana rasanya menjadi mabuk.

"Namun saya bernasib baik kerana babak itu berjalan dengan lancar. Ianya tidaklah seteruk seperti yang saya sangkakan," luah isteri aktor Kajol Devgn itu menerusi Hindustan Time.

Bakat lakonannya dalam filem itu akhirnya berjaya mengangkat nama Kajol ke mata dunia, tambahan lagi dengan keserasiannya dengan 'King of Bollywood' Shah Rukh Khan.

Malah Kajol berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filmfare ke-41 dan dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik oleh Anugerah Star Screen pada tahun 1996.

Dalam perkembangan baru, Kajol akan muncul dalam sebuah filem baru berjudul "Tribhanga" terbitan Ajay Devgn, yang bakal ditayangkan di sebuah platform digital tidak lama lagi.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: medium.com)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.

Gauri-Khan-Bakal-Tampil-Dalam-Fabulous-Lives-of-Bollywood-Wives Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Nov 2020

Gauri Khan Bakal Tampil Dalam "Fabulous Lives of Bollywood Wives"

Treler siri itu menampilkan sedutan Gauri bersama Shah Rukh Khan.