CLOSE
CLOSE AD

Rhea Chakraborty Failkan Kes Terhadap Jirannya Susulan Dakwaan Palsu

  • 13 Oct 2020
Rhea-Chakraborty-Failkan-Kes-Terhadap-Jirannya-Susulan-Dakwaan-Palsu

Hampir seminggu dibebaskan dari penjara, aktres Bollywood Rhea Chakraborty memfailkan kes terhadap jirannya yang didakwa membuat laporan palsu kepada Biro Siasatan Pusat India (CBI) susulan kes berkaitan aktor Sushant Singh Rajput.

Terdahulu, wanita yang dikenali sebagai Dimple Thawani itu mendakwa pernah melihat aktor Sushant Singh Rajput menghantar Rhea pulang ke kediamannya pada 13 Jun lalu, sehari sebelum kematian Sushant.

Memetik laporan dari Hindustan Times, Dimple telah pun disoal siasat oleh CBI pada Ahad lalu, di mana dia dikenakan amaran kerana memberi maklumat tanpa sebarang bukti dan menimbulkan salah faham.

Menerusi soal siasat itu, Dimple mendakwa bukan dia yang melihat Sushant di kediaman Rhea, tetapi orang lain. Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai saksi tersebut.

"Dakwaan bahawa mendiang Sushant Singh Rajput telah menghantar saya pulang ke kediamannya dengan keretanya pada 13 Jun 2020 adalah tidak benar.

"Pendakwa telah membuat kes 'prima facie' dibawah Seksyen 203 dan 211 dalam Kod Panel India, 1860 dan/atau cuba membuat kesalahan dibawah Seksyen 203 dan 211 dalam Kod Panel India, 1860, di mana seseorang itu akan dihukum penjara minimum tujuh tahun.

"Kesalahan-kesalahan tersebut adalah serius dan semua dakwaan itu telah dibuat menerusi saluran Republic TV tanpa sebarang asas," tulis Rhea dalam laporannya.

Dalam pada itu, peguam Rhea, Satish Maneshinde memaklumkan bahawa pihaknya dan CBI akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang membuat dan menyebarkan maklumat palsu tentang Rhea.

Pada 7 Oktober lalu, Rhea yang juga merupakan teman wanita Sushant, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak Rs 1 lakh (RM5,663.24).

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Kollywood Zone)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.