CLOSE
CLOSE AD

Penerbit filem Bollywood bersatu fail saman terhadap dua saluran berita

  • 13 Oct 2020
Penerbit-filem-Bollywood-bersatu-fail-saman-terhadap-dua-saluran-berita

Para penerbit filem dan syarikat produksi Bollywood terkenal telah memfailkan saman terhadap dua saluran berita televisyen atas tindakan melaporkan berita yang tidak sahih berkenaan kes pembabitan dadah dalam industri susulan kematian aktor Sushant Singh Rajput.

Selain itu, saluran berita dan media turut menjadikan aktres Rhea Chakraborty, yang juga teman wanita Sushant, sebagai sasaran utama dalam kes tersebut sehingga dia dipenjarakan baru-baru ini.

"Privasi orang-orang industri Bollywood telah dicerobohi, dan reputasi mereka jatuh apabila seluruh Bollywood telah dicorak sebagai penjenayah, terbabit dalam budaya dadah, dan menjadikan penglibatan dalam Bollywood sinonim dengan kelakuan jenayah kepada umum," tulis plaintif yang dipetik dari BBC News.

Kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi Delhi itu dikenakan terhadap pengasas Republic TV, Arnab Goswami dan Pradeep Bhandari, serta pengasas Times Now, Rahul Shivshankar dan Navika Kumar.

Sehingga kini pihak defendan masih belum tampil dengan sebarang kenyataan dan tiada maklumat lanjut tentang tarikh perbicaraan kes ini di mahkamah.

Syarikat produksi milik selebriti terkenal seperti Shah Rukh Khan (Red Chillies Entertainment), Salman Khan (Salman Khan Films), Aamir Khan (Aamir Khan Productions), Karan Johar (Dharma Productions), Rohit Shetty (Rohit Shetty Pictures) dan Ajay Devgn (Ajay Devgn Films), adalah antara plaintif yang memfailkan saman.

Senarai syarikat produksi dan penerbit yang bertindak sebagai plaintif dalam kes tersebut adalah seperti di bawah:

• The Producers Guild of India
• The Cine & TV Artiste Association
• The Film and TV Producers Council
• Screenwriters Association
• Aamir Khan Productions
• Ad-Labs Films
• Ajay Devgn Films
• Andolan Films
• Anil Kapoor Film and Communication Network
• Arbaaz Khan Productions
• Ashutosh Gowariker Productions
• BSK Network and Entertainment
• Cape of Good Films
• Clean Slate Filmz
• Dharma Productions
• Emmay Entertainment & Motion Pictures
• Excel Entertainment
• Filmkraft Productions
• Hope Production
• Kabir Khan Films
• Luv Films
• Macguffin Pictures
• Nadiadwala Grandson Entertainment
• One India Stories
• R.S. Entertainment
• Rakeysh Omprakash Mehra Pictures
• Red Chillies Entertainment
• Reliance Big Entertainment
• Reel Life Productions
• Rohit Shetty Pictures
• Roy Kapur Productions
• Salman Khan Ventures
• Sohail Khan Productions
• Sikhya Entertianment
• Tiger Baby Digital
• Vinod Chopra Films
• Vishal Bhardwaj Film
• YashRaj Films

(Sumber: BBC News)
(Sumber foto: Gulf News, Super Stars Bio, Social Goat, Pinkvilla, Rediff, Koimoi)



Suggested Articles

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.

Gauri-Khan-Bakal-Tampil-Dalam-Fabulous-Lives-of-Bollywood-Wives Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Nov 2020

Gauri Khan Bakal Tampil Dalam "Fabulous Lives of Bollywood Wives"

Treler siri itu menampilkan sedutan Gauri bersama Shah Rukh Khan.