CLOSE
CLOSE AD

Ranveer Singh Disahkan Galas Dua Watak Dalam 'Remake' Filem "Angoor"

  • 15 Oct 2020
Ranveer-Singh-Disahkan-Galas-Dua-Watak-Dalam-Remake-Filem-Angoor

Selepas mencipta fenomena menerusi filem polis "Simmba", kini bintang Bollywood popular Ranveer Singh akan kembali bekerjasama dengan pembikin filem tersohor Rohit Shetty untuk 'remake' filem "Angoor".

Filem klasik yang ditayangkan pada tahun 1982 itu menampilkan barisan pelakon veteran Bollywood seperti Sanjeev Kumar, Deven Verma, Moushumi Chatterjee, and Deepti Naval.

Sehubungan dengan itu, Ranveer yang sudah menjayakan pelbagai jenis watak selama bertahun-tahun menceburi bidang lakonan, akan membawa dua watak buat pertama kali.

"Ranveer Singh akan menggalas dua watak dalam filem ini, yang juga pengalaman kali pertama buatnya. Mereka telah merancang untuk menghasilkan filem komedi ini sebesar yang mungkin.

"Sudah lama Rohit Shetty merancang untuk membikin 'remake' "Angoor" dan akhirnya ia direalisasikan dengan Ranveer Singh mengambil tempat Sanjeev Kumar," dedah sumber yang dipetik dari Eastern Eye.

Buat makluman lanjut, Rohit pernah bercadang untuk memilih Shah Rukh Khan sebagai peneraju utama filem itu pada 2015, namun perancangannya tidak menjadi dan akhirnya mereka bekerjasama dalam filem "Dilwale".

Dalam perkembangan lain, Ranveer sedang menantikan tiga buah filemnya untuk ditayangkan selepas tertunda akibat COVID-19, iaitu "'83", "Sooryavanshi" dan "Jayeshbhai Jordaar".

(Sumber: Eastern Eye)
(Sumber foto: Bollywood Hungama)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.