CLOSE
CLOSE AD

Kes Kematian Sushant Singh Rajput Masih Dalam Siasatan

  • 18 Oct 2020
Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Masih-Dalam-Siasatan

Biarpun aktres Bollywood Rhea Chakraborty telah dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin, namun Biro Siasatan Pusat India (CBI) memaklumkan bahawa kes kematian aktor Sushant Singh Rajput masih berada dalam siasatan.

Ia susulan terdapat beberapa portal berita melaporkan Pasukan Penyiasat Khas yang mengendalikan kes itu telah menamatkan proses penyiasatan dan bakal menghantar laporan ke mahkamah di Bihar dalam waktu terdekat.

"Biro Siasatan Pusat India (CBI) akan meneruskan siasatan kematian Sushant Singh Rajput. Terdapat beberapa laporan spekulasi di media yang menyatakan CBI telah selesai menyiasat.

"Adalah diulangi bahawa laporan-laporan ini bersifat spekulatif dan tidak benar sama sekali," umum CBI dalam sebuah kenyataan yang dipetik dari NDTV.

Dalam pada itu, Dr. Sudhir Gupta yang mengetuai pasukan forensik bagi mengendalikan mayat aktor itu memaklumkan bahawa keputusan bedah siasat masih belum diklasifikasikan buat masa ini.

Selain itu, pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) juga telah menyerahkan 15 buah telefon pintar kepada Direktorat Sains Forensik (DFS) untuk menyiasat data dan kandungannya.

Walau bagaimanapun, pihak mereka enggan mendedahkan kesemua pemilik alat komunikasi tersebut.

Kematian Sushant Singh Rajput pada 14 Jun lalu telah mengejutkan industri Bollywood. Aktor filem "Chhichhore" dipercayai mengalami kemurungan selama beberapa bulan sebelum membunuh diri.

(Sumber: NDTV)
(Sumber foto: Filmfare)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.