CLOSE
CLOSE AD

Kes Difailkan Terhadap Anak Mithun Chakraborty, Mahaakshay Atas Tuduhan Rogol

  • 20 Oct 2020
Kes-Difailkan-Terhadap-Anak-Mithun-Chakraborty-Mahaakshay-Atas-Tuduhan-Rogol

Polis Mumbai telah memfailkan kes terhadap aktor Mahaakshay Chakraborty, yang juga anak kepada bintang veteran Bollywood, Mithun Chakraborty, atas kes rogol dan curang pada Sabtu lalu.

Difahamkan seorang wanita berusia 38 tahun telah hadir ke Balai Polis Oshiwara untuk membuat laporan berkenaan kes tersebut pada 15 Oktober (Khamis).

Bekas isteri kepada Mithun, Yogita Bali, juga dituduh bersubahat dengan anaknya dalam kes tersebut.

Menurut seorang pegawai polis yang mengendalikan kes itu, wanita tersebut mengaku bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan Mahaakshay dari 2015 hingga 2018, di mana aktor itu turut berjanji untuk mengahwininya.

"Wanita itu berkata dia pernah bertemu Mahaakshay di kediaman aktor itu di Adarsh Nagar, Andheri West, yang dibelinya pada 2015.

"Di sana, Mahaakshay telah menawarkan minuman beralkohol kepada wanita itu dan memaksanya untuk bersetubuh. Apabila dia disahkan hamil, Mahaakshay memintanya untuk menggugurkan kandungan tersebut dan memberi pil.

"Wanita itu mengajak Mahaakshay berkahwin, namun pada 2018 aktor itu memberitahu dia tidak boleh berkahwin dengannya, menimbulkan pertelingkahan antara mereka.

"Apabila wanitu itu cuba menghubungi Mahaakshay berkenaan perkahwinan mereka, dia mendakwa Yogita Bali telah mengugutnya," jelas pegawai polis itu menerusi laporan Deccan Herald.

Kes itu telah didaftarkan di bawah seksyen 376 (rogol), 376 (2) (n) (rogol kali kedua), 328 (mencederakan dengan racun), 417 (menipu), 506 (ugutan jenayah) dan 34 (niat bersubahat) dalam Kod Penal India.

(Sumber: Deccan Herald)
(Sumber foto: News18)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.