CLOSE
CLOSE AD

5 Fakta Menarik Tentang 'Elvis Presley of Bollywood', Shammi Kapoor

  • 21 Oct 2020
5-Fakta-Menarik-Tentang-Elvis-Presley-of-Bollywood-Shammi-Kapoor

Shamsher Raj Kapoor atau lebih dikenali sebagai Shammi Kapoor merupakan salah seorang selebriti veteran dan ikon paling terkenal di Bollywood bermula pertengahan 1950-an hingga awal 1970-an. Beliau membuat debut di layar perak menerusi filem Hindi "Jeewan Jyoti" (1953).

Dilahirkan pada 21 Oktober 1931 di Bombay, Shammi adalah anak kepada pasangan aktor teater dan filem, Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor. Beliau diberi gelaran 'Elvis Presley of Bollywood' susulan kejayaan filem "Junglee" (1961) dan serta tarian dan nyanyiannya dalam lagu "Chahe Koi Mujhe Junglee Kahe". Tidak lupa juga gaya rambutnya yang persis 'King of Rock and Roll' itu!

Antara filem yang dijayakan oleh Shammi termasuklah "Tumsa Nahin Dekha", "Dil Deke Dekho", "Dil Tera Deewana", "Professor", "Rajkumar", "Kashmir Ki Kali", "Janwar", "Teesri Manzil", "Budtameez", "Dil Deke Dekho", "Brahmachari", "Sachaai", "Prince" dan "Andaz".

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, kami ingin kongsikan beberapa fakta menarik yang mungkin anda tak tahu tentang 'Elvis Presley of Bollywood', Shammi Kapoor!

Bertukar bidang kerja sebelum berlakon

 

Selepas filem Hindi debutnya "Jeewan Jyoti" (1953) ditayangkan, Shammi melalui waktu sukar dalam kariernya apabila filem-filem yang dibintanginya dari 1953 hingga 1957 gagal menerima sambutan. Shammi terpaksa bekerja keras selama bertahun-tahun demi mengukuhkan namanya dalam industri Bollywood. Namun, sebelum bergelar bintang filem, Shammi bekerja sebagai artis junior di Panggung Teater Prithvi milik bapanya, dan bertukar-tukar kerja berlainan bidang selepas empat tahun menimba pengalaman.

Pakar teknologi

 

Siapa sangka di sebalik bakat lakonannya, Shammi juga handal dalam mengendalikan teknologi. Ketika kita semua masih baru dengan Jaringan Sejagat atau 'World Wide Web' (WWW), Shammi adalah antara penduduk India yang terawal menerokai dunia Internet. Beliau adalah pengasas Komuniti Pengguna Internet India (IUCI) yang kini diturunkan kepada anaknya, Aditya Raj Kapoor. Malah beliau turut memperkenalkan laman sesawang pertamanya, http://junglee.org.in/, yang mengandungi pangkalan data keluarga pertama Bollywood, Kapoor Khandaan.

Penari berbakat

Tidak lama selepas debutnya dalam industri Bollywood, Shammi berjaya menempa nama sebagai salah seorang selebriti paling berbakat dalam bidang tarian. Kebanyakan lagu dalam filem yang dijayakannya kekal dalam ingatan ramai sehingga hari ini, seperti "Chahe Koi Mujhe Junglee Kahe", "Yamma Yamma Yamma", "Dil Deke Dekho" dan "Ayya Ya Karoon Main Kya", di mana Shammi memukau mata penonton dengan rentak tarinya yang unik, rancak dan penuh semangat!

Kisah cinta dan perkahwinan

 

Kisah percintaan Shammi tidak kurang romantiknya seperti yang dilihat dalam filem-filem Bollywood. Shammi pernah dikaitkan dengan beberapa aktres seperti Nutan, Nadia Gamal, Bina Ramani dan Mumtaz sebelum bertemu cinta sejatinya, Geeta Bali, di set penggambaran filem "Rangeen Raatein". Selepas empat bulan bertarik tali, mereka akhirnya berkahwin pada 24 Ogos 1955.


 

Malangnya, Geeta jatuh sakit akibat cacar air dan meninggal dunia pada 21 Januari 1965, meninggalkan Shammi dengan dua anaknya, Aditya Raj dan Kanchan. Bertahun-tahun Shammi hidup menderita tanpa cinta hatinya, sehinggalah keluarganya memperkenalkan aktres Neila Devi, yang dikahwininya pada 27 Januari 1969. Walaupun tidak mampu memberi zuriat, namun Neila berjanji untuk mencurah kasih sayangnya terhadap Aditya Raj dan Kanchan seperti anak sendiri.

Filem terakhir

 

Kali terakhir Shammi beraksi di layar perak adalah menerusi filem Amtiaz Ali, "Rockstar" (2011) yang turut dibintangi cucu saudaranya, Ranbir Kapoor. Sebenarnya Ranbir sendiri yang menawarkan filem itu kepada Shammi. "Kami sangat bertuah kerana dapatkan memilihnya untuk berlakon dalam filem ini. Pertama kali di set penggambaran, dia sangat gementar, bagaikan orang baru," ujar Ranbir.

Pada 7 Ogos 2011, Shammi dikejarkan ke Hospital Breach Candy, Mumbai, kerana buah pinggangnya gagal berfungsi. Tahap kesihatannya semakin kronik dan hanya bergantung kepada alat pernafasan. Shammi menghembuskan nafas terakhir pada 14 Ogos 2011, ketika usianya 79 tahun.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.