CLOSE
CLOSE AD

Sanjay Dutt Luah Rasa Gembira Dapat Perangi Kanser

  • 22 Oct 2020
Sanjay-Dutt-Luah-Rasa-Gembira-Dapat-Perangi-Kanser

Bintang veteran Bollywood Sanjay Dutt mengumumkan berita gembira apabila dia disahkan pulih sepenuhnya dari kanser dan dibenarkan pulang setelah dirawat di Hospital Kokilaben, Mumbai.

Sanjay yang didiagnosis dengan kanser paru-paru tahap empat pada Ogos lalu, kembali ke laman sosial untuk berkongsi tahap kesihatannya kepada orang ramai pada Rabu.

"Hati saya penuh dengan rasa kesyukuran di saat berkongsi berita ini kepada kamu semua. Minggu-minggu lalu merupakan waktu yang sukar buat saya dan keluarga. Tetapi bak kata orang, Tuhan hanya berikan ujian kepada mereka yang kuat.

"Dan hari ini, bersempena dengan hari jadi anak-anak saya, saya berasa sangat gembira kerana berjaya memenangi 'pertarungan' ini dan mampu memberi hadiah terbaik – kesihatan dan kesejahteraan keluarga kami.

"Perkara ini tak mungkin akan berlaku tanpa kepercayaan dan sokongan daripada kamu semua. Saya sangat berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminat yang sentiasa berada di sisi saya dan menjadi sumber kekuatan saya sepanjang waktu sukar ini. Terima kasih untuk kasih sayang, kebaikan dan doa yang kamu semua kirimkan.

"Saya juga sangat berterima kasih kepada Dr. Sewanti dan kumpulan doktor, jururawat dan jurumedik di Hospital Kokilaben yang menjaga saya dengan baik sekali sepanjang beberapa minggu lalu," tulis bintang filem "Sanju" itu.

Walaupun tidak dapat bertemu isterinya Maanayata dan anak-anak kembarnya, Shahran dan Iqra yang kini berada di Dubai, namun Sanjay tetap menyambut hari jadi mereka menerusi panggilan video.

Dalam perkembangan lain, Sanjay akan kembali bekerja seperti biasa untuk projek filem "K.G.F. Chapter 2" pada November ini, serta tiga lagi filem lain iaitu "Torbaaz", "Bhuj: The Pride Of India" dan "Shamshera".

(Sumber foto: Sanjay Dutt Instagram)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.