CLOSE
CLOSE AD

Kongsi Foto 'Throwback', Preity Zinta Dedah Punyai Ijazah Kedoktoran!

  • 24 Oct 2020
Kongsi-Foto-Throwback-Preity-Zinta-Dedah-Punyai-Ijazah-Kedoktoran

Bukan sahaja jelita dan berbakat, tetapi bintang ikonik Bollywood Preity Zinta juga membuktikan bahawa dia seorang yang bergeliga apabila berkongsikan foto 'throwback' Ijazah Kedoktorannya di laman Instagram.


Menerusi ruangan kapsyen, Preity yang terkenal dengan filem "Koi... Mil Gaya", meluahkan ucapan penghargaan buat pihak Universiti Timur London (University of East London) atas anugerah yang tidak ternilai itu.

"Lihat apa yang saya temui dalam galeri foto saya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada University of East London atas penganugerahan yang menakjubkan ini. "Kini saya boleh bergurau dengan kawan-kawan dan mengatakan saya seorang doktor. Namun saya tak pernah menggunakan pangkat Doktor dalam nama saya sebagai tanda penghormatan buat semua doktor yang bekerja keras untuk pencapaian ini," tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Preity kini berada di Dubai bagi memeriahkan Liga Perdana India, di mana dia merupakan salah seorang pemilik pasukan kriket Kings XI Punjab yang bertanding dalam liga tersebut.

Tidak memandang mudah situasi COVID-19 yang masih belum pulih, Preity turut berkongsikan fotonya yang sudah beberapa kali menjalankan ujian saringan (swab test) sebagai langkah berjaga-jaga.

Kali terakhir Preity dilihat berlakon adalah menerusi filem "Bhaiaji Superhit" yang ditayangkan pada dua tahun lalu, yang mana ia turut dibintangi pelakon lain seperti Sunny Deol, Ameesha Patel dan Arshad Warsi.

(Sumber foto: Eastern Eye)



Suggested Articles

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.

Gauri-Khan-Bakal-Tampil-Dalam-Fabulous-Lives-of-Bollywood-Wives Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Nov 2020

Gauri Khan Bakal Tampil Dalam "Fabulous Lives of Bollywood Wives"

Treler siri itu menampilkan sedutan Gauri bersama Shah Rukh Khan.