CLOSE
CLOSE AD

Bhumi Pednekar Dedah Cabaran Dari Keluarga Untuk Bergelar Bintang Filem

  • 26 Oct 2020
Bhumi-Pednekar-Dedah-Cabaran-Dari-Keluarga-Untuk-Bergelar-Bintang-Filem

Aktres Bollywood Bhumi Pednekar mendedahkan bahawa keluarganya bersikap skeptikal terhadap keputusannya untuk menceburi bidang lakonan kerana mempercayai menjadi heroin filem Hindi dianggap tabu.

Menurut aktres yang sudah lima tahun mengukuhkan nama sebagai bintang filem itu, ia adalah satu cabaran besar untuk mengejar impiannya memandangkan keluarganya bukan berlatar belakangkan industri perfileman.

"Saya terfikir bagaimana untuk saya teruskannya, bagaimana saya boleh yakinkan ibu bapa saya yang saya ingin jadi seorang pelakon.

"Dalam keluarga saya, walaupun terdahulu datuk saya merupakan pelakon teater, menjadi heroin filem Hindi dianggap sebagai tabu hingga beberapa tahun lalu.

"Saya tak rasa orang lain faham betapa indahnya kerjaya ini. Saya tak salahkan keluarga saya. Saya berasal dari keluarga peguam, jurutera dan doktor. Bagi mereka, ia adalah keputusan yang luar biasa untuk menjadi pelakon," katanya yang dipetik dari Mid-Day.

Setelah berjaya meyakinkan ibu bapanya tentang keputusannya, Bhumi akhirnya didaftarkan ke sebuah sekolah filem pada usia 16 tahun, di mana dia telah membuat pinjaman pelajar bagi membayar yurannya.

Walau bagaimanapun, aktres filem "Lust Stories" itu akui kesal dengan sikapnya yang tidak berdisiplin ketika zaman belajar sehingga ia menjejaskan pembelajarannya dan kepercayaan ibu bapanya.

Lebih setahun selepas itu, Bhumi sekali lagi mencuba nasib untuk menceburi bidang perfileman, di mana dia menyertai uji bakat syarikat produksi Yash Raj Films sebagai penolong pengarah dan bekerja selama hampir enam tahun.

Pada 2015, Bhumi akhirnya berjaya membuat debut di layar perak apabila dipilih untuk membintangi filem komedi romantik "Dum Laga Ke Haisha" bersama aktor gandingannya, Ayushmann Khurrana.

Kini Bhumi mempunyai lebih sepuluh buah filem yang pernah dibintanginya. Dalam perkembangan baru, Bhumi akan dilihat berlakon dalam filem seram thriller arahan G. Ashok, "Durgavati".

(Sumber: Mid-Day)
(Sumber foto: Filmy Today)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.