CLOSE
CLOSE AD

Kehidupan Terkini 6 Bintang Bollywood 90-an Pujaan Ramai

  • 30 Oct 2020
Kehidupan-Terkini-6-Bintang-Bollywood-90-an-Pujaan-Ramai

Era 90-an menyaksikan kegemilangan dan 'era keemasan' bagi industri filem kedua terbesar di dunia iaitu industri Bollywood. Buktinya, filem-filem yang ditayangkan para era 90-an masih kekal dalam ingatan peminat sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan sesiapa yang membesar dengan filem-filem Bollywood era 90-an agak bertuah kerana kebanyakan filem ikonik ditayangkan pada era tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak semua bintang Bollywood yang mencipta nama pada era 90-an kekal aktif dalam dunia lakonan. Ramai di antara mereka yang membuat keputusan untuk memperlahankan karier, memberi tumpuan ke industri televisyen ataupun terus undur diri dari Bollywood atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin ramai dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya ke mana perginya bintang-bintang Bollywood ini setelah sekian lama ataupun semakin jarang kelibatnya muncul dalam filem. Oleh itu, kali ini kami ingin senaraikan enam bintang Bollywood 90-an dan kehidupan mereka yang terkini!

Rahul Roy

Aktor, penerbit dan bekas model terkenal, Rahul Roy berjaya menambat hati peminat dengan lakonan hebatnya menerusi filem pecah panggung "Aashiqui". Dalam beberapa tahun selepas debutnya, Rahul dilihat kurang aktif di Bollywood, susulan kegagalan filem-filemnya yang lain.

Pada 2006, Rahul membuat kemunculan semula dalam program realiti "Bigg Boss" musim pertama, di mana dia memegang gelaran juara. Biarpun aktif di laman sosial, namun Rahul tidak banyak berkongsi tentang kehidupan peribadinya. Dalam perkembangan baru, Rahul bakal muncul sebagai watak utama filem baru arahan Kanu Behl, "Agra".

Vatsal Sheth

Nama Vatsal Sheth melonjak naik dalam industri Bollywood selepas menjayakan siri televisyen "Just Mohabbat" dan filem debutnya "Taarzan: The Wonder Car". Namun Vatsal membuat keputusan untuk lebih menumpukan kariernya sebagai aktor televisyen selepas beberapa filemnya seperti "Nanhe Jaisalmer", "Heroes" dan "Paying Guests" gagal mendapat sambutan.

Kini Vatsal terlibat dengan projek filem pendek dan video muzik bersama isterinya yang juga aktres, Ishita Dutta. Selain itu, tahun ini Vatsal turut muncul dalam filem "Malang" dan 'remake' "The Girl On The Train" versi Hindi.

Akshaye Khanna

Anugerah Star Screen 1997 bagi kategori pendatang baru dalam industri Bollywood jatuh kepada Akshaye Khanna, atas kejayaan filem debutnya "Himalay Putra". Apabila berjaya memperkembangkan karier lakonannya selama beberapa tahun, Akshaye mengambil keputusan untuk berehat sementara dari dunia Bollywood dari 2012 hingga 2016, di mana dia membuat kemunculan semula dalam filem "Dishoom".

Menurut Akshaye, dia berpuas hati dengan perjalanan kariernya dan kini lebih selesa dengan kehidupan 'low profile' tanpa sebarang akaun media sosial. Kali terakhir Akshaye dilihat berlakon adalah pada awal Januari tahun ini menerusi filem "Sab Kushal Mangal".

Chandrachur Singh

Bagi peminat yang membesar dengan filem-filem Bollywood zaman 90-an pasti mengenali Chandrachur Singh. Bintang yang menjadi pujaan ramai kerana mata galaknya ini terkenal dengan filem-filem seperti "Maachis", "Kya Kehna" dan "Josh", namun bermula tahun 2000 dan seterusnya, Chandrachur mula memperlahankan kariernya dan hanya membintangi filem sebagai watak sampingan.

Kata Chandrachur, dia tidak menyesal akan keputusannya memandangkan kini dia lebih selektif terhadap tawaran filem. Namun tahun ini, Chandrachur akhirnya membuat debut di platform digital menerusi siri drama jenayah, "Aarya", selepas karya itu berjaya menarik perhatiannya.

Jugal Hansraj

Tipulah kalau penonton filem "Masoom" tidak terpesona dengan kecomelan watak Rahul Malhotra yang digalas oleh Jugal Hansraj. Aktor, model, penulis, penerbit dan pengarah yang bepengkalan di New York ini memulakan kariernya sebagai bintang kanak-kanak sejak tahun 80-an lagi. Antara filem ikonik Bollywood yang pernah dibintanginya ialah "Mohabbatein", "Kabhi Khushi Kabhie Gham" dan "Salaam Namaste".

Walau bagaimanapun, kali terakhir Jugal dilihat berlakon adalah pada 2016 menerusi filem "Kahaani 2: Durga Rani Singh". Kini Jugal hidup bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Jasmine Dhillon. Menerusi laman Instagram miliknya, Jugal sering berkongsikan foto dan video 'throwback' mengenai perjalanan kariernya dalam industri Bollywood.

Raqesh Bapat

Kejayaan filem "Tum Bin" merupakan tonggak utama perjalanan karier Raqesh Bapat dalam industri Bollywood, di mana selepas itu dia telah dipilih untuk membintangi filem-filem seperti "Kuch Dil Ne Kaha", "Naam Gum Jaayega" dan "Koi Mere Dil Mein Hai".

Namun selepas beberapa filemnya kurang mendapat sambutan, Raqesh beralih tumpuan ke industri televisyen, di mana kariernya dilihat agak stabil. Pada 2019, nama Raqesh menjadi tumpuan ramai apabila dia dilaporkan telah bercerai dengan isterinya, Ridhi Dogra, yang juga aktres gandingannya dalam filem "Nach Baliye".



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.