CLOSE
CLOSE AD

Aktres Bollywood Yang Bercinta Dengan Pasangan Lebih Muda

  • 30 Oct 2020
Aktres-Bollywood-Yang-Bercinta-Dengan-Pasangan-Lebih-Muda

Perbezaan dan jarak usia yang sentiasa dibanggakan dalam sesebuah hubungan adalah apabila si jejaka lebih berusia daripada pasangan wanitanya. Dalam isu sebegini, terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan jarak usia sesebuah pasangan jika wanita lebih tua.

Sebenarnya jarak usia dalam sesebuah hubungan cinta bukanlah satu penghalang untuk setiap pasangan membuktikan perasaan mereka sama ada ia benar-benar tulus ataupun tidak. Bak kata pepatah, usia hanya sekadar angka!

Jadi mari kita lihat aktres-aktres Bollywood yang bercinta dan berkahwin dengan jejaka yang lebih muda daripada mereka!

Priyanka Chopra

Priyanka Chopra mencuri tumpuan seluruh dunia apabila dia menerima lamaran penyanyi dan aktor Hollywood Nick Jonas, di mana pasangan romantik ini mengadakan resepsi gilang-gemilang pada Disember 2018. Jarak usia 10 tahun dan perbezaan kaum serta budaya tidak menjadi penghalang untuk mereka mengekalkan kebahagiaan.

Aishwarya Rai

Sudah hampir 13 tahun diva Bollywood Aishwarya Rai mendirikan rumah tangga dengan bintang Bollywood Abhishek Bachchan namun tiada sesiapa pun mempertikaikan jarak usia mereka, yang mana Abhishek adalah tiga tahun lebih muda. Pasangan selebriti terkenal ini hidup bahagia bersama anak perempuan mereka, Aaradhya.

Bipasha Basu

Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, akhirnya Bipasha Bahu bertemu cinta sejatinya, Karan Singh Grover. Pada asalnya, perkahwinan mereka menerima tentangan daripada ibu kepada Karan hanya kerana usia Bipasha yang empat tahun lebih tua daripadanya. Namun sudah masuk empat tahun perkahwinan mereka dan hubungan pasangan selebriti ini dilihat kian utuh.

Farah Khan

Pembikin filem Bollywood tersohor Farah Khan berusia tujuh tahun lebih tua daripada suaminya, Shirish Kunder. Walau bagaimanapun, jarak usia dan perbezaan agama tidak menghalang pasangan ini untuk disatukan sebagai suami isteri pada 2004. Farah mengenali Shirish ketika mereka bekerjasama dalam filem pertama arahannya, "Mai Hoon Naa", di mana Shirish bertindak sebagai penyunting.

Soha Ali Khan

Perasaan cinta mula berputik antara Soha Ali Khan dan Kunal Khemu ketika mereka sama-sama membintangi filem "Dhoondte Reh Jaaoge". Pasangan ini tidak pernah merahsiakan hubungan mereka, malah membuat keputusan untuk berkahwin selepas dua tahun bercinta. Ternyata jarak usia lima tahun dan perbezaan agama bukanlah satu isu untuk mereka memberi komitmen terhadap hubungan cinta sesama sendiri.

Kishwer Merchant

Desas desus mengenai hubungan bintang TV Kishwer Merchant dan Suyyash Rai mula timbul selepas kedua-duanya muncul dalam program realiti popular "Bigg Boss". Biarpun jarak usia mereka lapan tahun, yang mana Kishwer lebih berusia, namun perkara itu tidak menjadi masalah. Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam sebuah majlis meriah pada 2016.

Shweta Tripathi

Aktres yang terkenal dengan filem "Masaan", Shweta Tripathi berkahwin dengan kekasihnya Chaitanya Sharma, yang juga seorang penyanyi rap dan pelawak, pada 2018. Memandangkan pasangan itu tidak ambil kisah tentang jarak usia lima tahun, tiada siapa yang berani mempersoalkan keputusan mereka. Namun Shweta ada jawapan buat sesiapa yang menentang, iaitu perasaan cintanya bukan dikira mengikut jarak usia mahupun ketinggian si dia.

Urmila Matondkar

Pengumuman perkahwinan bintang Bollywood 90-an Urmila Matondkar dengan jejaka pilihan hatinya, Mohsin Akhtar, yang 11 tahun lebih muda daripadanya, telah mengejutkan orang ramai. Ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik. Walau bagaimanapun, kebahagiaan yang dibuktikan oleh pasangan secocok ini akhirnya berjaya menutup mulut para pengkritik tersebut.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.