CLOSE
CLOSE AD

Peminat Rai Hari Jadi Shah Rukh Khan Di Media Sosial

  • 02 Nov 2020
Peminat-Rai-Hari-Jadi-Shah-Rukh-Khan-Di-Media-Sosial

Sejak tiga dekad lalu, bintang terkenal Shah Rukh Khan telah berjaya menakluk hati berjuta-juta peminat filem Bollywood hinggakan dia layak menerima gelaran 'Badshah of Bollywood'.

Tahun demi tahun, nama yang cukup popular di seluruh dunia ini sering memberikan persembahan terbaik dalam filem-filem ikonik lakonannya, termasuklah "Kuch Kuch Hota Hai", "Mohabbatein", "Don", "Kabhi Khushi Kabhie Gham", "Om Shanti Om" dan banyak lagi.

Pada Isnin bersamaan dengan 2 November, raja Hindustan ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-55. Sehubungan dengan itu, para peminat dan selebriti dari seluruh dunia sama-sama meraikannya menerusi media sosial dengan tanda pagar #HappyBirthdaySRK.

Sementara itu, Shah Rukh Khan baru-baru ini meminta orang ramai dan para peminat untuk tidak berkumpul di perkarangan banglo mewahnya, Mannat, yang terletak di Bandra, mahupun di lokasi-lokasi lain bagi menyambut hari jadinya.

Ia susulan situasi pandemik COVID-19 masih belum reda dan angka kes wabak itu di India juga semakin meningkat.

Dalam perkembangan lain, Shah Rukh Khan bakal kembali bekerja untuk projek filem baru, "Pathan" bermula November ini selepas dua tahun kelibatnya tidak muncul dalam mana-mana filem susulan kegagalan filem "Zero".

Filem arahan Siddharth Anand itu akan menggandingkan Shah Rukh Khan dengan rakan pelakonnya, Deepika Padukone, serta menandakan kerjasama pertamanya dengan bintang filem aksi, John Abraham.

(Sumber foto: India Telugu)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.