CLOSE
CLOSE AD

Selebriti Hollywood Yang Meminati Shah Rukh Khan

  • 02 Nov 2020
Selebriti-Hollywood-Yang-Meminati-Shah-Rukh-Khan

Memang tidak dapat dinafikan Shah Rukh Khan adalah bintang Bollywood paling digemari ramai. Biarpun bergelar seorang selebriti, namun sikap merendah diri dan baik hatinya menjadi punca utama Shah Rukh Khan berjaya memikat hati peminat, termasuklah rakan-rakan selebriti Bollywood dan luar negara.

Maka tidak hairanlah ada dalam selebriti-selebriti dari Hollywood yang berani mengaku bahawa mereka adalah peminat tegar Shah Rukh Khan! Malah ramai juga yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan 'Badshah of Bollywood' itu dalam filem. Nak tahu siapa mereka? Jom lihat senarai ini!

Leonardo DiCaprio

Terdapat spekulasi bahawa pemenang anugerah Oscar Leonardo DiCaprio dan Shah Rukh Khan akan digandingkan dalam filem "Xtreme City" terbitan penerbit terkenal, Martin Scorsese. Ujar DiCaprio, filem itu pasti akan membuatnya lebih terkenal jika dia digandingkan dengan Shah Rukh Khan. Sayangnya projek itu tidak diteruskan dan DiCaprio sendiri telah menafikan perkara tersebut. Spekulasi itu bermula apabila foto DiCaprio bertemu Shah Rukh Khan dan Scorsese ketika menghadiri Festival Filem Berlin.

Hugh Jackman

Boleh bayangkan tak bintang Marvel, Hugh Jackman dan Shah Rukh Khan digandingkan dalam sebuah filem? Pasti epik! Pada 2011, Jackman pernah ke India untuk menghadiri acara FICCI Healthcare Excellence Awards, di mana dia bertemu Shah Rukh Khan dan secara tidak langsung menjadi rakan baik! Malah mereka menari bersama-sama di atas pentas. Mungkin sebab itu Shah Rukh Khan menjadi inspirasinya untuk filem "The Greatest Showman".

"Saya telah melakukan banyak adegan menyanyi dan menari dalam filem "The Greatest Showman" dan dalam fikiran saya adalah Shah Rukh Khan. Dia adalah mentor saya dan saya rasa saya perlu belajar menari dengannya," katanya. Oh ya, Jackman juga memberitahu dia teringin untuk lihat Shah Rukh Khan menggalas watak "Wolverine".

Robert Pattinson & Kristen Stewart

Peneraju utama francais "Twilight", Robert Pattinson dan Kristen Stewart adalah peminat setia Shah Rukh Khan. Dedah Pattinson, filem Shah Rukh Khan kegemarannya adalah "Dilwale Dulhania Le Jayenge". Sementara Stewart pula mengakui bahawa Shah Rukh Khan adalah inspirasinya dan jika diberi peluang, dia tidak menolak untuk berlakon dengan aktor filem "Don" itu.

Daniel Radcliffe

Bintang francais filem kegemaran ramai, "Harry Potter" iaitu Daniel Radcliffe tidak malu untuk mengakui bahawa dia merupakan salah seorang peminat filem Bollywood, lebih-lebih lagi babak lagu. Dalam satu temu bual, Radcliffe mendedahkan bintang Bollywood yang dia ingin bekerjasama adalah tak lain tak bukan, Shah Rukh Khan. Tambah aktor itu lagi, dia memandang Shah Rukh Khan sebagai seorang selebriti yang bergaya dan ada 'class'.

Penelope Cruz

Ramai bintang Hollywood yang tidak akan menolak untuk membintangi filem-filem Bollywood, namun aktres Penélope Cruz mempunyai pendapat tersendiri. "India mempunyai pegangan budaya yang kuat dan sangat tradisional. Saya sendiri teringin untuk membintangi filem Bollywood dan bekerjasama dengan Shah Rukh Khan. Saya pernah menonton beberapa filemnya dan dia sangat hebat," kata pelakon filem "Vanilla Sky" itu.

Zayn Malik

Siapa sangka bintang Bollywood yang dianggap 'jejaka sombong dalam filem' kini menjadi idola penyanyi pop Zayn Malik. Pandangan Zayn berubah selepas dia sendiri bertemu Shah Rukh Khan buat pertama kali di acara Anugerah Asia 2015 di London. "Saya bukanlah peminat setia dia hinggalah saya bertemunya. Dia seorang yang sangat merendah diri dan keperibadiannya telah mengubah tanggapan saya," kata bekas ahli kumpulan One Direction itu. Disoal tentang filem Shah Rukh Khan kegemarannya, lantas Zayn menjawab "Devdas". Shah Rukh Khan juga telah memuat naik swafoto mereka di acara yang sama.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.