CLOSE
CLOSE AD

Jasmin Bhasin Teruja Aly Goni Sertai "Bigg Boss 14"

  • 05 Nov 2020
Jasmin-Bhasin-Teruja-Aly-Goni-Sertai-Bigg-Boss-14

Aktres televisyen popular Jasmin Bhasin tidak dapat mengawal perasaannya apabila rakan baiknya yang juga aktor, Aly Goni dipilih untuk sama-sama menyertai program realiti terkenal "Bigg Boss 14".

Memetik laporan dari Times of India, Aly memberitahu punca utama dia bersetuju untuk menerima tawaran program itu adalah disebabkan Jasmin dan sebagai tanda sokongannya terhadap aktres tersebut.

Seperti yang dikongsikan dalam sedutan video "Bigg Boss 14" di laman Instagram Colors TV, Aly memberi kejutan kepada Jasmin dengan kehadirannya sehinggakan aktres drama "Tashan-e-Ishq" itu mengalirkan air mata gembira.

"Jasmin adalah wanita yang sangat tabah dan walaupun saya menyertai program ini sebagai peserta, saya mahu dia yang menang. Kami berdua akan menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dengan sehabis baik.

"Saya juga mahu menang, tetapi saya letakkan diri saya di tempat kedua. Saya mahu Jasmin menang. Jika dia berdiri di samping saya ketika episod akhir, saya ingin lihat dia diumumkan sebagai juara," katanya.

Program realiti yang menampilkan bintang Bollywood Salman Khan sebagai pengacara itu tampil lebih berbeza, lengkap dengan sebuah restoran, spa, panggung wayang dan pusat beli belah buat kali pertama.

Nantikan episod penuh emosi ini di Colors Hindi (Astro saluran 116), setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 malam.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Bollywood Bubble)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.