CLOSE
CLOSE AD

Karan Johar Dedah Pernah Tak Sukakan Shah Rukh Khan

  • 10 Nov 2020
Karan-Johar-Dedah-Pernah-Tak-Sukakan-Shah-Rukh-Khan

Setiap persahabatan ada jatuh bangunnya, begitu juga dengan persahabatan antara dua nama besar Bollywood, Karan Johar dan Shah Rukh Khan yang bertahun-tahun lamanya.

Namun begitu, Karan, atau lebih mesra disapa KJo, mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyukai Shah Rukh Khan dan menganggap lakonan raja Bollywood itu berlebih-lebihan.

Pengakuan itu diabadikan sebagai memori dalam autobiografinya berjudul "An Unsuitable Boy" yang diterbitkan pada tiga tahun lalu.

"Shah Rukh Khan melangkah ke industri Bollywood pada 1991, dan saya bukan peminatnya. Secara ironik, dia orang terakhir yang saya suka. Namun rakan saya Apoorva Mehta sukakannya.

"Saya lebih kepada 'Team Aamir Khan' dan dia pula 'Team Shah Rukh Khan'. Ramai gadis yang obses dengan Shah Rukh Khan dan ada juga orang macam saya yang tergila-gilakan Aamir.

"Saya bukan peminat Shah Rukh Khan kerana saya rasa lakonannya berlebih-lebihan, terutamanya dalam filem "Deewana"," katanya yang dipetik dari Orissa Post.

Biarpun pernah tidak menyukai Shah Rukh Khan, namun kini mereka telah acap kali bekerjasama dalam filem-filem Bollywood seperti "Kabhi Khushi Kabhie Gham", "My Name is Khan" dan "Kabhi Alvida Naa Kehna".

Dalam perkembangan lain, KJo sedang menantikan tayangan filem polis terbitannya bersama Rohit Shetty iaitu "Sooryavanshi" dan filem "Brahmastra" yang masih dalam proses pembikinan.

(Sumber: Orissa Post)
(Sumber foto: Brecoder.com)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.