CLOSE
CLOSE AD

Arjun Rampal Dan Gabriella Demetriades Ditahan Untuk Soal Siasat Kes Dadah

  • 10 Nov 2020
Arjun-Rampal-Dan-Gabriella-Demetriades-Ditahan-Untuk-Soal-Siasat-Kes-Dadah

Kes pembabitan dadah dan bahan narkotik dalam industri Bollywood masih belum selesai, dan kini bintang filem Arjun Rampal bersama teman wanitanya Gabriella Demetriades pula ditahan Biro Kawalan Narkotik India (NCB) untuk siasatan lanjut.

Memetik laporan dari Times of India, pihak NCB telah melakukan serbuan di kediaman Arjun yang terletak di Mumbai pada Selasa, di mana beberapa pil dan gajet elektronik milik aktor itu telah dirampas.

Dedah satu sumber, Rampal menjelaskan bahawa dia telah mengambil pil-pil berkenaan di atas nasihat doktor.

Walau bagaimanapun, pihak NCB enggan mendedahkan butiran lanjut, namun memberitahu kes itu didaftarkan di bawah Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS).

Pada Oktober lalu, pihak NCB telah melakukan serbuan di sebuah resort di Lonavala yang didiami abang Gabriella, Agisilaos Demetriades dan merampas dadah jenis Hasyis dan Alprazolam.

Difahamkan Agisilaos telah ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Selain itu, pihak NCB turut melakukan serbuan di kediaman pembikin filem Firoz Nadiadwala dan mengesahkan penemuan dadah di premis tersebut.

Firoz disoal siasat pada Selasa, sementara isterinya, Shabana Saeed telah ditahan untuk menjalani ujian perubatan.

Terdahulu, aktres dan teman wanita Sushant Singh Rajput, Rhea Chakraborty telah menyenaraikan beberapa nama selebriti Bollywood yang pernah terbabit dengan penggunaan dadah.

Antara selebriti yang menjadi sasaran NCB untuk disoal siasat ialah Deepika Padukone dan bekas pengurusnya Karishma Prakash, Sara Ali Khan, Shraddha Kapoor, Rakul Preet Singh dan Simone Khambatta.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: DNA India)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.