CLOSE
CLOSE AD

Rohanpreet Singh Dan Neha Kakkar Dedah Kisah Cinta Pandang Pertama

  • 12 Nov 2020
Rohanpreet-Singh-Dan-Neha-Kakkar-Dedah-Kisah-Cinta-Pandang-Pertama

Pasangan penyanyi dan pelakon Rohanpreet Singh dan Neha Kakkar telah sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tradisional Anand Karaj bersama keluarga dan teman rapat di Delhi pada 24 Oktober lalu.

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu akhirnya membuka mulut mengenai hubungan mereka, di mana kedua-duanya jatuh cinta pada pandangan pertama ketika terlibat dengan penggambaran lagu "Nehu Da Vyah".

Menurut Neha, yang membuat penampilan istimewa dalam filem "Ginny Weds Sunny", sikap peramah dan baik hati yang ada dalam diri Rohanpreet membuatkan dia mudah tertarik dengan suaminya itu.

"Tanggapan pertama saya terhadap dia adalah dia sangat baik dengan semua orang di set dan tak dinafikan, dia lelaki paling comel pernah saya jumpa.

"Daya tarikannya amat kuat. Saya rasa pada saat itulah saya tahu dialah satu-satunya buat saya," ujar Neha yang dipetik dari The Indian Express.

Sementara itu, Rohanpreet tidak menafikan bahawa Neha berjaya mengetuk pintu hatinya pada pertemuan pertama dan bersyukur kerana aktres itu menerima lamarannya.

"Dia adalah orang paling merendah diri yang pernah saya jumpa. Pada suatu hari, saya mengumpul keberanian untuk melamarnya dan dia bersetuju!" katanya.

Seperti yang dilihat di laman Instagram, Rohanpreet dan Neha sama-sama berkongsi foto-foto perkahwinan mereka, di mana pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan beberapa busana tradisional dan moden.

Selain keluarga dan teman rapat, majlis perkahwinan mereka turut dihadiri beberapa rakan selebriti seperti Urvashi Dholakia, Baani Sandhu dan Jassi Lohka.

(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: Neha Kakkar Instagram)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.