CLOSE
CLOSE AD

Ini Cara Selebriti-Selebriti Bollywood Raikan Deepavali 2020!

  • 12 Nov 2020
Ini-Cara-Selebriti-Selebriti-Bollywood-Raikan-Deepavali-2020

Perayaan Deepavali atau Diwali bakal menjelang tiba, namun tahun ini pastinya terdapat perbezaan yang ketara dari segi sambutannya memandangkan dunia masih dilanda pandemik COVID-19. Dalam perasaan gembira, pasti akan terselit perasaan gusar terhadap keselamatan dan kesihatan keluarga serta orang-orang tersayang.

Biarpun tiada sambutan besar-besaran, namun apa yang pasti setiap individu yang menyambut Deepavali tahun ini dapat meraikannya bersama keluarga – di rumah. Semuanya bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk meraikan perayaan itu dalam situasi pandemik.

Begitu juga dengan selebriti-selebriti Bollywood yang mempunyai cara tersendiri untuk meraikan Deepavali. Dengar kata, kebanyakan daripada mereka agak sibuk pada musim perayaan ini. Jadi mari kita lihat apakah aktiviti selebriti-selebriti Bollywood sempena Deepavali 2020!

Shah Rukh Khan

Biarpun tidak mengeluarkan kenyataan sendiri, namun baru-baru ini terdapat sumber yang mengatakan 'Badshah of Bollywood' ini sudah bersedia untuk kembali berlakon setelah dua tahun menyepi. Difahamkan Shah Rukh Khan akan terlibat dengan penggambaran filem barunya bersama Deepika Padukone dan John Abraham, "Pathan" pada bulan ini.

Jackie Shroff

Pembikin filem dan aktor veteran tersohor, Jackie mempunyai cara unik tersendiri untuk meraikan Deepavali. "Saya akan mengagihkan manisan di serata Mumbai dan menanam pokok sebanyak mana yang saya mampu," kata bapa kepada aktor aksi Tiger Shroff itu.

Taapsee Pannu

Terkenal dengan sikap ramah dan periangnya, Taapsee sudah bersedia untuk membawa aura positif sempena Deepavali walaupun perlu bekerja. "Saya akan bekerja pada Diwali ini, jadi niat saya adalah untuk meraikan dan berkongsi kegembiraan di set penggambaran," katanya.

Rajkummar Rao

Seperti selebriti lain, Rajkummar juga terikat dengan kerja pada musim perayaan ini. "Saya sedang terlibat dengan penggambaran di Chandigarh, tetapi saya akan melakukan upacara tahunan iaitu berdoa pada sebelah petang dan menghubungi keluarga saya menerusi panggilan video, secara tak langsung saya ada bersama mereka secara virtual. Kemudian saya mempunyai dua filem yang bakal ditayangkan iaitu "Ludo" dan "Chhalaang". Jadi Diwali kali ini pasti menyeronokkan," katanya.

Nushrat Bharucha

Saya rasa ia akan menjadi perayaan Diwali kecil-kecilan untuk semua orang, jadi kita perlu raikannya di rumah. Saya ingin buat orang di sekeliling saya positif dan gembira. Saya akan menghubungi nenek, kakak dan makcik saya dan berkongsi kehidupan masing-masing. Saya akan bertemu mereka selepas tujuh bulan. Memandangkan filem saya, "Chhalaang" akan ditayangkan tidak lama lagi, saya ingin menontonnya dengan mereka sebab saya tak pernah menonton mana-mana filem saya bersama keluarga..

Raveena Tandon

Saya sedang terlibat dengan penggambaran di Himachal Pradesh untuk projek seterusnya dan keluarga saya akan membuatkan perayaan ini istimewa buat saya. Anak-anak saya akan berada bersama saya di sana dan kami akan meraikannya secara kecil-kecilan. Bagi saya, perayaan sebenar adalah meluangkan masa bersama keluarga dan orang-orang tersayang, jadi kami akan pastikan perayaan ini kekal sama pada tahun ini. Pastinya kami akan mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan pandemik masih belum berakhir.

Harshvardhan Kapoor

Anak kepada bintang veteran Anil Kapoor, iaitu Harshvardhan Kapoor sudah merancang untuk meraikan Deepavali bersama kakaknya, Sonam Kapoor dan abang ipar, Anand Ahuja di Dubai.

Arjun Mathur

Calon Anugerah Emmy Antarabangsa 2020, Arjun Mathur itu hanya ingin bersama orang-orang tersayang sempena Deepavali ini. "Saya akan membersih dan menghias rumah saya dan saya juga ingin berpesan supaya tidak bermain bunga api supaya kita dapat meraikannya dengan cahaya kegembiraan," kata aktor kacukan India-British itu.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.