CLOSE
CLOSE AD

Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Perayaan Deepavali

  • 14 Nov 2020
Fakta-Menarik-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Perayaan-Deepavali

Perayaan Deepavali atau Diwali jatuh pada 14 November ini, namun pastinya tahun 2020 akan menyaksikan perbezaan ketara dari segi sambutannya memandangkan dunia masih dilanda pandemik COVID-19. Namun begitu, ia masih boleh disambut dengan meriah!

Seperti yang diketahui umum, Deepavali turut dikenali sebagai Pesta Cahaya dan merupakan perayaan utama bagi masyarakat India yang beragama Hindu, Sikh dan Jain, di mana ia disambut pada Oktober atau November setiap tahun.

Kebiasaannya masyarakat di India akan menyambut Deepavali selama tiga hingga lima hari berturut-turut, namun di Malaysia hanya sehari sahaja. Walau bagaimanapun ia terpulang kepada individu untuk meraikannya sebanyak mana hari yang mereka inginkan.

Bagi membangkitkan lagi keterujaan untuk menyambut Deepavali, di sini kami ingin senaraikan beberapa fakta menarik tentang perayaan ini!

Pesta Cahaya

 

Pelita sememangnya tidak asing dengan perayaan Deepavali memandangkan maksud perayaan itu sendiri adalah Pesta Cahaya. Pada perayaan Deepavali, kita dapat lihat penganut agama Hindu menyalakan diya, atau pelita minyak tanah, yang menghiasi bangunan, kuil, jalan raya dan rumah masing-masing. Malah sudah menjadi kelaziman ia diraikan dengan pertunjukan bunga api.

Cahaya Deepavali adalah simbolik penganut agama Hindu yang melambangkan kebaikan mengatasi kejahatan, tentang legenda Dewa Rama mengatasi Ravana dan tentang Dewa Krishna menewaskan Raja Narakasura. Di sesetengah tempat, patung kedua-dua raja syaitan itu dibakar sebagai tanda keraian.

Memuja Dewi Kesejahteraan dan Kekayaan

 

Setiap kali tibanya Deepavali, penganut agama Hindu akan memuja Dewi Lakshmi, iaitu dewi yang memberi kesejahteraan, kemakmuran dan kekayaan. Pada malam Deepavali, Dewi Lakshmi dikatakan telah memilih Dewa Vishnu sebagai suaminya. Sehubungan dengan itu, seluruh keluarga di setiap rumah akan membersihkan dan menghias rumah mereka secantik mungkin bagi menyambut kedatangan Dewi Lakshmi pada malam Deepavali.

Dewa Rama kembali ke Ayodhya

 

Legenda Hindu yang berkait dengan Deepavali adalah hari kepulangan Dewa Rama, ratunya Sita Devi dan adiknya Lakshmana, ke Ayodhya selepas 14 tahun dibuang negeri. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyalakan pelita di sepanjang jalan untuk menerangi laluan Rama, yang telah menewaskan raja syaitan Ravana, dalam kegelapan.

Dewa Krishna menewaskan Narakasura

 

Selain legenda Dewa Rama, satu lagi kisah penting Deepavali adalah hari di mana Dewa Krishna berjaya menewaskan raja syaitan Narakasura, yang memerintah Pragjyotishapura. Bagi membebaskan rakyat kerajaannya yang hidup dalam ketakutan, Krishna membunuh raja syaitan itu dan menandakan hari itu sebagai hari perayaan.

Aneka juadah dan manisan tradisional

 

Setiap perayaan tidak akan lengkap tanpa juadah simboliknya dan begitu juga bagi Deepavali yang diraikan dengan aneka juadah serta manisan menyelerakan. Umum tahu bahawa manisan adalah identiti masyarakat India. Sudah menjadi tradisi turun temurun bagi keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan yang datang berkunjung akan saling bertukar manisan bagi memeriahkan lagi suasana Deepavali.

Antara makanan simbolik Deepavali ialah muruku dan idhili sementara manisannya ialah ladoo, gulab jamun, jalebi, nei urundai, paal guva, barfi, pedas, halwa, maisur pahku dan athirasam. Pastinya manisan ini enak dinikmati bersama orang-orang tersayang!

Deepavali di seluruh dunia

 

Seperti perayaan lain, Deepavali tidak hanya disambut di India sahaja, tetapi di seluruh dunia dengan penuh kemeriahan! Selain di India, perayaan itu merupakan cuti umum di negara-negara lain iaitu Fiji, Guyana, Pakistan, Malaysia, Mauritius, Myanmar, Nepal, Singapore, Sri Lanka, Suriname, Trinidad and Tobago. Untuk rekod, bandar Leicester, United Kingdom terkenal dengan sambutan Deepavali terbesar di luar India.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.