CLOSE
CLOSE AD

Resepi Butter Muruku Istimewa Sempena Deepavali

  • 14 Nov 2020
Resepi-Butter-Muruku-Istimewa-Sempena-Deepavali

Muruku adalah perkataan Tamil yang bermaksud 'berpintal' dan makanan ini diperkenalkan dari India Selatan. Selain manisan, muruku merupakan makanan ringan istimewa dan wajib ada setiap kali tibanya Deepavali. Malah ia bukan sahaja menjadi kegemaran masyarakat India, tetapi juga masyarakat lain yang berbagai-bagai kaum!

Bagi membangkitkan lagi keriangan menyambut Deepavali pada 14 November ini, di sini kami ingin berkongsi resepi muruku istimewa iaitu Butter Muruku. Makanan ringan yang lazat ini sesuai buat hidangan sekeluarga. Mudah sahaja, jadi selamat mencuba!

Butter Muruku

(Hidangan 4 orang)

Sukatan

• 1 cawan = 250ml
• 1 sudu besar = 15ml
• 1 sudu kecil = 5ml

Bahan-bahan

• 1 cawan tepung beras
• 3 sudu besar tepung gram/ besan
• 1 sudu besar bijan putih
• 2 sudu kecil mentega
• Garam secukup rasa
• Air
• Minyak untuk menggoreng

Langkah penyediaan

1. Campurkan tepung beras, tepung gram, bijan putih, mentega dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati.

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga lembut dan licin. Pastikan air tidak berlebihan. Doh adalah tidak terlalu keras atau terlalu lembut.

3. Isi doh ke dalam acuan dan gunakan acuan berbentuk bintang.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan secebis doh. Jika ia timbul dengan cepat, maka minyak sudah cukup panas untuk menggoreng. Pastikan api sederhana. Paipkan muruku satu demi satu, pastikan kuali tidak terlalu penuh.

5. Goreng sehingga muruku bertukar warna perang keemasan. Jika muruku terlalu panjang, potong kepada dua bahagian ketika ia sedang masak.

6. Tos, angkat dan letakkan muruku di atas kertas tisu yang serap minyak. Ulangi langkah sama untuk doh yang selebihnya.

Begitu sahaja caranya. Mudah bukan? Selain Butter Muruku, terdapat pelbagai lagi jenis resepi muruku yang anda boleh cuba seperti Cheese Muruku, Pottukadalai Murukku, Manapparai Murukku, Magizhampoo Muruku dan Potato Muruku.



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.