CLOSE
CLOSE AD

Shilpa Shetty Dedah Cabaran Sebagai Aktres Bollywood Pada Era 90-an

  • 17 Nov 2020
Shilpa-Shetty-Dedah-Cabaran-Sebagai-Aktres-Bollywood-Pada-Era-90-an

Untuk mengukuhkan nama dalam industri perfileman kedua terbesar di dunia pastinya bukan sesuatu yang mudah bagi seorang aktor mahupun aktres, begitu juga dengan bintang Bollywood jelita, Shilpa Shetty.

Menceritakan pengalamannya yang sudah hampir tiga dekad bergelar aktres, Shilpa mengakui dirinya pernah menjadi 'typecast', iaitu pelakon yang sering ditawarkan watak sama, pada awal kerjayanya.

"Berbalik pada tahun 1990-an, jujurnya kami semua adalah 'typecast', bergantung pada jika kamu adalah aktres terbaik dan kamu akan ditawarkan filem-filem besar atau kamu adalah 'typecast' yang terkenal dengan watak sama.

"Saya tergolong dalam kalangan itu, jadi tiada siapa pernah mempercayai saya untuk menawarkan watak utama.

"Namun filem "Dhadkan" merupakan batu loncatan buat saya, di mana pengarah Dharmesh Darshan berjaya mengubahnya apabila saya meminta untuk kelihatan lebih glamor dalam busana India," katanya yang dipetik dari DNA India.

Secara tidak langsung, perkara itu mengubah persepsi orang ramai terutamanya dalam kalangan pembikin filem apabila "Dhadkan" berjaya pecah panggung dan menerima sambutan ramai.

Malah, sejak itu juga Shilpa sering menerima tawaran watak utama dan lebih berbeza seperti filem "Hathyar", "Badhaai Ho Badhaai", "Phir Milenge" dan "Shaadi Karke Phas Gaya Yaar".

Kini selepas enam tahun berehat dari dunia lakonan, Shilpa bakal kembali dengan dua filem baru iaitu "Nikamma" arahan Sabbir Khan dan filem komedi "Hungama 2" arahan Priyadarshan.

(Sumber: DNA India)
(Sumber foto: East Coast Daily)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Twinkle-Khanna-Akui-filem-Mela-Meninggalkan-Parut-Pada-Dirinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Twinkle Khanna Akui filem "Mela" Meninggalkan Parut Pada Dirinya

Bekas aktres Bollywood itu kongsi foto melucukan tentang filem lakonannya tersebut.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.