CLOSE
CLOSE AD

Gauri Khan Bakal Tampil Dalam "Fabulous Lives of Bollywood Wives"

  • 18 Nov 2020
Gauri-Khan-Bakal-Tampil-Dalam-Fabulous-Lives-of-Bollywood-Wives

Pereka hiasan dalaman dan penerbit Gauri Khan, yang juga isteri kepada bintang Bollywood terkemuka Shah Rukh Khan, bakal membuat penampilan istimewa dalam siri realiti "Fabulous Lives of Bollywood Wives" yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi treler siri realiti "Fabulous Lives of Bollywood Wives", orang ramai ternyata teruja apabila melihat sedutan di mana Gauri dan Shah Rukh Khan berjalan sambil berpegangan tangan.

Ibu kepada tiga orang anak itu bukanlah calang-calang orang memandangkan dia pernah mereka ruang buat individu-individu berprofil tinggi antarabangsa seperti Mukesh Ambani, Roberto Cavalli dan Ralph Lauren.

Biarpun selesa dengan sikap 'low profile', namun Gauri ingin orang ramai mengenalinya berdasarkan hasil kerjanya dan bukan hanya semata-mata dia adalah isteri kepada Shah Rukh Khan.

Memetik laporan dari Meaww, hobi mereka ruang dalaman Gauri bermula ketika banglo mewahnya, Mannat, diubah suai dan akhirnya hobi itu dipandang serius dan menjadi kerjaya tetapnya.

Selepas bekerjasama dengan bekas isteri Hrithik Roshan, Sussanne Khan, pada 2010, Gauri telah melancarkan vendor konsep pertamanya, The Design Cell, di Mumbai pada awal 2014.

Pada 2021, sebuah buku berjudul "My Life In Design" bakal diterbitkan, yang mana ia memaparkan kisah benar dan pengalaman Gauri sebagai pereka dalaman serta foto-foto hasil kerja, kediaman dan keluarganya.

Berbalik kepada "Fabulous Lives of Bollywood Wives", siri akan memaparkan kehidupan harian sebenar di sebalik empat wanita – Seema Khan, Maheep Kapoor, Bhavana Pandey dan Neelam Kothari Soni.

Siri itu bakal ditayangkan di sebuah platform penstriman video berbayar bermula 27 November ini.

(Sumber: Meaww)
(Sumber foto: Gauri Khan Instagram)



Suggested Articles

Salman-Khan-Batal-Sambutan-Hari-Jadinya-Kerana-COVID-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Salman Khan Batal Sambutan Hari Jadinya Kerana COVID-19

Acara tahunan yang sering dibuat di rumah ladangnya dibatalkan kerana enggan ambil risiko.

Amit-Sadh-Dedah-Pernah-Cuba-Bunuh-Diri-Ketika-Remaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Nov 2020

Amit Sadh Dedah Pernah Cuba Bunuh Diri Ketika Remaja

Aktor itu mendedahkan perkara itu ketika temubual bersama MensXP.

Akshay-Kumar-Saman-YouTuber-Hampir-RM300-Juta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Akshay Kumar Saman YouTuber Hampir RM300 Juta

Ia susulan tindakan YouTuber itu memfitnah namanya berkaitan kes Sushant Singh Rajput.

Shah-Rukh-Khan-Aamir-Khan-Salman-Khan-Disatukan-Dalam-Laal-Singh-Chaddha Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2020

Shah Rukh Khan, Aamir Khan & Salman Khan Disatukan Dalam "Laal Singh Chaddha"?

Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan kembali dengan watak ikonik mereka.

Rumah-Delhi-Shah-Rukh-Khan-Gauri-Khan-Dibuka-Untuk-Airbnb Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2020

Rumah Delhi Shah Rukh Khan & Gauri Khan Dibuka Untuk Airbnb

Pasangan selebriti Bollywood itu teruja bekerjasama dengan platform penginapan tersebut.